Showing posts with label RUMAH ALLAH. Show all posts
Showing posts with label RUMAH ALLAH. Show all posts

Thursday, 11 July 2013

RAMADHAN DAH MASUK HARI KE-2

Syukur Alhamdulillah, hari pertama puasa dapat dilalui dengan sempurna oleh keluarga saya. Bimbang juga ketika bangun sahur, saya rasa suhu badan Izzat panas; aduhaii... demam pula dia. Tapi dia gagahkan juga bersahur, saya beri dia ubat demam dan suruh dia mandi awal pagi. Mujurlah sekolahnya cuti hari pertama Ramadhan. Anjakan saya untuk membawanya ke pejabat ditolak, sebab dia selesa di rumah saja katanya. Setiap 2 jam saya menghubungi dia, bertanyakan keadaan suhu badannya. Tengahari, bila suhu badannya meningkat lagi, saya berpesan supaya dia berbuka puasa; sambil dalam hati berdoa : Ya Allah berilah kesihatan baik dan kekuatan untukku, suami dan anak-anak dalam menjalani ibadah puasa Mu tahun ini!!

To my surprise bila balik saja petang itu, Izzat masih berpuasa. Alhamdulillah, demamnya pun dah kebah. Syukur pada Mu ya Allah. Terimakasih juga en Hubby yang membantu saya menyediakan juadah berbuka puasa, ringkas dan ala kadar saja tapi sudah cukup mengenyangkan.

Selesai solat Maghrib, kami ke masjid baru seksyen 13, Shah Alam untuk menunaikan solat Tarawih. Berbunga rasa hati, apabila masjid itu cukup meriah di imarahkan dengan kehadiran ramai jemaah muslimin dan muslimat. 

Sebelum tidur malam itu, sempat juga packing 20 bekas ketupat daun palas berinti serunding daging untuk diberi kepada staff di off esok pagi. Ermmm... puasa-puasa xbleh nak cerita sangat tentang makanan, tapi ketupat ni memang SEDAPPP!!!. TQVM sahabatku Norwati kerana sudi bawakan tempahan saya yang banyak/berat ini.
20 packs ready to be distributed

InsyaAllah, saya berhajat untuk melebihkan pemberian di bulan Ramadhan. Amalan bersedekah, amalan yang sangat dianjurkan oleh baginda Rasulullah SAW:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ketika seorang hamba berada pada waktu pagi, dua malaikat akan turun kepadanya, lalu salah satu berkata, "Ya Allah, berilah pahala kepada orang yang menginfakkan hartanya. Kemudian malaikat yang satu berkata," Ya Allah, binasakanlah orang-orang yang bakhil." 

Semoga kita sentiasa lembut hati untuk beramal jariah, AMINNNN.......


Thursday, 22 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1433


Alhamdulillah sempat mengikuti program Maal Hijrah di Masjid Negeri Shah Alam. Jam 5.30 ptg tiba di sana bersama ank gadis kesayangan. Terimakasih Ili, kerana 'volunteer' temankan umi walaupun Ili agak keletihan study di library seharian. Semoga menjadi anak yang solehah puteriku..


Majlis dimulakan dengan forum agama.Alhamdullaih ramai yang memenuhi rumah Allah ini.



Sebelum masuk waktu maghrib , zikir-zikir di alunkan dikuti dengan bacaan doa akhir tahun. Subhanallah, sayu rasa hati, betapa kerdilnya hamba Mu ini ya Allah. Semoga Kau mengampunkan dosa-dosaku yang lalu.

Alunan Zikrullah


DOA 1 (Akhir Tahun)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.



Selesai sahaja azan maghrib berkumandang, imam membaca doa awal tahun sambil diaminkan oleh semua makmum. Semoga Engkau permudahkan segala urusan kami untuk tahun mendatang ya Allah, mohon jua agar kami selalu dalam bimbingan hidayah dan petunjuk Mu. Jadikanlah kami hamba Mu yang lebih baik dari semalam yang berlalu. Aminnnn... ya Rabbal alaminnn....



DOA 2 (Awal Tahun)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

Alhamdulillah dalam kesibukkan, Allah memberi ruang waktu dan kesempatan untuk mencari damai  hati di rumah Nya.


 SALAM MAAL HIJRAH....