Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Sunday, 10 May 2015

KERABU BUNGA BETIK

BARAKALLAH..... syukur ya Allah dia atas segala nikmat dan rahmat Mu sehingga hari ini masih mampu diri ini menyedut udara bernafas dan merasakan indahnya iman pada MU.

Sekadar berkongsi pada hari ibu yang jatuhnya pada hari ini 10 Mei 2015. Pastinya semua ibu ternanti-nanti serungkai kata ucapan SELAMAT HARI IBU dari anak-anak. Sebagaimana ibu-ibu lain diraikan, teringin juga dihati untuk merasa penghargaan sedemikian pada hati setiap ibu.

Apapun, bagi saya....setiap hari adalah hari ibu, hari bapa. Ibu yang melahirkan, merekalah yang membesarkan , mendidik, memberi kasih sayang, penuh ihsan dan kasih sayang membesarkan kita. Justeru adalah menjadi kewajipan, untuk setiap anak mengingati, menghargai, menyayangi kedua ibubapa. Mana mungkin sehari pun melupakan mereka. Sekalipun bukan hadiah beribu ringgit nilainya, tapi cukup buat ibubapa yang ikhlas doa tulus sang anak buat mereka yang tidak pernah putus. Sekurang-kurangnya dalam kesibukan mana sekalipun, sedekahkanlah al Fatihah setiap hari buat ibubapa yang kita kasihi. 
RABBI FIRLI WALI WALIDAIYA WARHAMHUMA KAMA RABBAYANI SHOGHIRO....

Hari ni sebenarnya nak sharing resepi kerabu bunga betik. Sangat 'old timer' resepi ni sebenarnya. Budak-budak muda sekarang ramai yang tak reti/tak suka nak makan bunga betik. Selain rasanya yang pahit, makanan ni memang lah kurang glamour berbanding pizza dan burger. Kalaulah mereka tahu khasiatnya, mesti takkan lepaskan peluang menikmatinya. Apapun pahit tu boleh di atasi bagi yang tak suka rasa pahit.


Saya senaraikan dulu BAHAN-BAHANNYA:

1. Seikat bunga betik (anggaran 500 grams) direbus sehingga lembut
2. Sebiji buah tomato dipotong-potong kecil
3. 1 kilo kerang direbus dan dikopek kulitnya dan dituskan)
4. 1 cawan kerisik
5. 1 inci belacan bakar              
6. 1 labu bawang besar bakar
7. 3 biji cili padi
8. Sedikit garam
9. Sedikit gula

# Nota:
  a. Bahan 6 hingga 10 ditumbuk sehingga halus
  b. Petua supaya bunga/daun betik tidak pahit; direbus dengan daun jambu batu @ daun ubi kayu @ asam keping

CARANYA:

Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga kesemua rata dan mesra. Untuk rasa manis dan masin boleh ditambah/kurangkan kadar gula dan garam dalam adunan tersebut. 


KHASIAT YANG TERKANDUNG DALAM RESEPI INI:

1. Bunga betik:
  • mengawal dan menurunkan hypertension/darah tinggi
  • memudahkan sistem penghadaman
  • mengawal jarak anak (perancang keluarga secara alami)
  • merawat sakit dada
  • meransang pengeluaran darah haid
  • membantu mengandakan pengeluaran sel darah baru (baik untuk pesakit denggi)
2. Tomato:
  • Pengawalan Berat Badan sebab tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol . Ia turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. 
  • Membantu Masalah Susah Tidur atas kandungan sumber nutrisi lycopene
  • Mengurang Kerosakan Kulit  kerana sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. 
  • Membantu Penglihatan Mata kerana kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degenerationyang menyebabkan kesukaran untuk melihat
  • Merawat Batu Karang , pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang.

3. Kerang :
  • membantu mengurangi resiko terkena serangan jantung dan serangan stroke. 
  • membantu menyembuhkan penyakit hepatitis
  • mendapatkan efek pemulihan yang dua kali lebih cepat jika anda terserang hepatitis
  • Kerang juga dikaitkan dengan vitalitas kaum lelaki.
  • menggalakkan sensitiviti libido wanita
Subhanallah... banyak sangat khasiatnya kann.. CUBA JANGAN TAK CUBA!!!! Memang terBAIK!!!


Sunday, 26 April 2015

JUS UNTUK KECANTIKAN DAN AWET MUDA LAGIII!!!!!

Assalamualaikummmm... Barakallahhh...

Semua orang mendambakan untuk cantik dan yang paling utama adalah sihat. Untuk mendapatkan hasil itu, ianya satu proses yang berterusan kann.. ; steady dan istiqomah dalam usaha. Saya lebih mengemari usaha secara alami dari sumber alam anugerah Illahi.

Kali ni saya nak kongsi jus untuk cantik dan awet muda ni. Sedap dan sangat menyegarkan. Sehari kalau tak dapat jus buahan , rasa macam ada yang kurang saja. Setiap hari adalah hari-hari yang saya sentiasa ber 'eksperimen' untuk menghasilkan jus gabungan buah-buahan dan sayuran. Maka apabila tercipta hasil yang YUMMYyy... saya akan buat catatan dan kongsikan di sini. 


Bahan utama kali ini adalah Tembikai kuning dan Blueberry. Blueberry memberi rasa manis manis dan sedikit masam manakala tembikai kuning pula sangat manis. Dan saya sememangnya sangat suka akan khasiat yang terkandung di dalamnya.

Khasiatnya..??? memang tidak boleh disangkal lagi. Terbukti hasil penemuan saintifik. Begitulah hebatnya anugerah Allah buat seluruh mahklukNya di mukabumi ini.

Antara Manfaat Kesihatan Blueberry

Berikut adalah beberapa diantaranya:
1. Anti-penuaan
Antioksidan yang terkandung dalam blueberry membantu mengurangi kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
Radikal bebas dianggap bertanggung jawab atas penuaan tubuh. Makanan yang kaya antioksidan dengan demikian menciptakan efek anti penuaan.
Tingginya kandungan vitamin C dalam blueberry juga membantu dalam memperlambat proses penuaan.
2. Perawatan mata
Masalah mata seperti degenerasi makula, hypermetropia, miopia, dan katarak dapat dikurangi dengan bantuan blueberry.
Kehadiran berbagai vitamin (C, E, A), flavonoid, dan karotenoid berfungsi memelihara kesehatan mata dan menjadi salah satu khasiat blueberry.
3. Mencegah infeksi saluran kemih

Blueberry juga dikenal mampu mencegah infeksi saluran kemih.
Infeksi pada saluran kemih terjadi karena pertumbuhan E. coli dan bakteri lainnya di dekat dinding bagian dalam saluran kemih.
Infeksi ini akan membuat penderitanya mengalami peradangan atau sensasi terbakar saat berkemih.
Molekul besar seperti polimer dalam blueberry juga mampu menghambat pertumbuhan bakteri merugikan pada saluran kemih.
4. Mencegah gangguan otak
Buah blueberry mengandung berbagai vitamin (A, C, E dan B), antosianin, natrium, kalium, seng, fosfor, magnesium, mangan, dll.
Elemen di atas membantu melindungi otak dari gangguan neurotik dengan mencegah degenerasi sel-sel otak dan neuron.
Pesakit penyakit Alzheimer akan merasakan manfaat besar dari blueberry dengan membantu mempertahankan kesehatan sistem saraf pusat.
5. Perawatan kanser
Senyawa-senyawa kimia seperti asam ellagic, pterostilbene, dan antosianin dinilai berguna untuk mencegah dan menyembuhkan kanker.
Senyawa pterostilbene secara khusus digunakan untuk mengobati kanser hati dan kanser usus.
Gabungkan kesemua buahan, campurkan sedikit air dan gula secukup rasa  kalau sukakan manis

6. Meningkatkan fungsi pencernaan
Kehadiran tembaga, natrium, berbagai asam, fruktosa, dan vitamin dalam buah blueberry membantu meningkatkan fungsi pencernaan. Serat yang hadir dalam blueberry membantu dalam mengurangi masalah sembelit.
7. Meningkatkan kekebalan tubuh
Berbagai vitamin (A, B, C dan E) dan antosianin turut membantu meningkatkan kekebalan tubuh. 
Ini pula antara manfaat tembikai:
1. Ibnu Abbas berkata : "Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman perangsang kepda pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit.
Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda, " Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisanya dari syurga."
Rasullullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini".
Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan memebrsihkan usus dan menghindarkan penyakit.
2. Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folid, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai juga amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
3. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
4. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksid.
5. Membangkitkan Libido lelaki kerana mengandungi Likopen yang memberi khasiat khusus untuk lelaki. Buah ini dapat meningkat kesuburan dan membantu membangkitkan ghairah seksual. Kajian menunjukkan bahawa sebatian sitrulin dalam tembikai, memiliki kesan afrosidiak yang sama hebatnya dengan viagra tapi sama sekali tanpa kesan sampingan. (ha3... berita baik untuk kaum lelaki ni).

6. Menurunkan kadar kolesterol, Mencegah tekanan darah tinggi dan stroke .tembikai sangat baik bagi pesakit darah tinggi. Kandungan air, magnesium  dan kaliumnya yang tinggi dapat  dan menurunkan  tekanan darah ,selain  itu adanya karotenoid di dalamnya juga dapat mencegah pengerasan pada dinding arteri maupun pembuluh vena, sehingga dapat membantu mengurangi tekanan darah.

7. Khasiat lain buah tembikai adalah sebagai anti oksidan, Antioksidannya termasuk betakaroten dan vitamin C membantu sel-sel tubuh tetap sehat. Beta karoten, yang dikenali dengan  anti oksidan yang sangat baik juga membuat Anda tetap berjiwa muda dan mencegah penuaan dini. Likopen berguna untuk membuat wajah tampak bercahaya, tampak segar dan lebih muda.Kepada warga tua, tembikai itu bukanlah hanya membantu memulihkan masalah kesihatan lebih cepat, tetapi juga membantu meningkatkan ketajaman dan ingatan

8. Membantu Fungsi Buah PinggangBuah tembikai juga berfungsi untuk merangsang keluarnya air kencing , sangat baik untuk mereka yang mengalami gangguan buang air kencing kerana mengandungi  banyak  kalium , yang sangat membantu dalam pembersihan racun-racun di buah pinggang. selain itu, buah ini juga sangat baikmengurangkan kepekatan asid urik di dalam darah, mengurangkan kemungkinan kerosakan kepada buah pinggang dan pembentukan batu buah pinggang.

9.  Membantu dalam proses penyembuhan luka, dengan cara mengambil bahagian isi putih pada buah tembikai (biasanya bahagian ini selalu kita buang). Rupanya bahagian ini sangat kaya dengan zat Ctruline dan asid Amino membantu dalam proses untuk sembuhkan luka.

10. Biji tembikai juga banyak khasiat antaranya; penuh dengan nutrien termasuk asid lemak, protein, tiamin, niacin, folat dan pelbagai jenis mineral termasuk magnesium, potsium, mangam, zat besi, zink, fosforus dan tembaga.

11. Antara manfaat biji tembikai kepada kesihatan tubuh adalah ia mengandungi likopen yang bukan saja menambah seri wajah tetapi juga mempu menambah kesuburan lelaki.

12.  Ia juga sumber terbaik bagi kumpulan vitamin B yang penting dalam mengekalkan kesihatan darah, sistem saraf dan berkesan dalam memelihara sistem pertahanan badan. Sangat bagus untuk menyembuhkan luka dan menajamkan fikiran. Caranya rebus bijinya dalam periuk tertutup selama 45 minit, dan minum airnya.

Thumb up sunSangat banyak khasiat yang ada pada kedua buah-buahan berkenaan. Alangkah ruginya bila kita tidak memanfaatnya sebaik mungkin. Justeru cara terbaik dan mudah serta lazat untuk menikmatinya, ialah dengan perahan jusnya .


Monday, 24 November 2014

PETUA MISS V KEMBALI GADIS

Ketakutan bagi seorang wanita adalah masalah miss v yang semakin kurang menyengat. Bimbang kalau-kalau en suami berpaling arah. Apatah lagi apabila telah melahirkan anak, usia semakin meningkat, miss v dah tak sama seperti mula-mula berkahwin. Petua di bawah merupakan amalan yang saya perolehi dari nenek saudara saya (al fatihah untuk beliau) yang merupakan bidan kampung. Kebetulan depan rumah arwah nenek dulu, ada sebatang pokok inai yang rendang. Masa remaja, saya memang suka ke rumahnya sebab suka menumbuk daun inai untuk dipakai di jari. 


Rupa-rupanya daun inai bukan saja untuk memerahkan kuku dan rambut, ianya juga boleh dijadikan bahan utama; untuk mengetatkan miss v secara alami.


BAHAN-BAHAN: 

1. Daun inai 

2. Daun pegaga 

3. Daun limau purut 

4. Pinang muda 


CARA-CARANYA:


Tumbuk kesemua bahan di atas untuk mendapatkan airnya yang pekat (boleh ditambah sedikit air jika perlu). Tapis. Gunakan air campuran bahan di atas untuk miss v. Caranya, celup  cotton bud/jari anda di dalam cecair berkenaan, dan oleskan di dalam lubang miss v. 


# NOTA ; perlu diingatkan bahan tersebut hendaklah disimpan di dalam peti ais kerana tiada sebarang pengawet dan boleh tahan untuk penggunaan seminggu.


Lakukan setiap hari selepas mandi petang sehingga anda puas dengan hasilnya. InsyaAllah, kalau selalu mengamalkannya , miss v akan kembali ketat seperti dara:) 


SELAMAT MENCUBA. Bila dah cuba , baru tahu kesan Urmmmhpppnya....


Wednesday, 18 June 2014

KHASIAT KUNYIT

Salam sejahtera untuk semua pembaca/pengunjung blog ini. Lamanya saya tidak membuat catatan di sini. Kesibukan harian yang melanda menyebabkan empunya blog kekedangnya hanya berkesempatan menjenguk sekejap-kejap sahaja di laman catatan sendiri. Ish... ish..., bukan alasan yang bagus sebenarnya. Insya Allah akan terus consistant dalam blog ini.

Apalah kisahnya, sampai tahap sibuk tsunami kebelakangan ini...he3..? Apa pun bersyukur dengan anugerah Allah di atas keajaiban sumber alam semulajadi ; lalu saya sibuk meng'implementasi'kan ramuan sendiri menggunakan herba-herba asli yang sememangnya menjadi amalan saya untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat rapat yang sangat mengambil berat dalam aspek kesihatan dan kecantikan :)

Kali ini saya nak membuat catatan mengenai KUNYIT . Kebanyakan jamu buatan saya sendiri menggunakan kunyit yang juga dikenali sebagai herba emas sebagai bahan utama. Kenapa saya suka kunyit; and it's works on me n frens yang dah mencuba resepi jamu buatan saya.


Untuk pengenalan wajah, ini adalah pokok kunyit. Mudah ditanam di pasu atau di halaman-halaman rumah. Daripada ubi kunyit sehinggalah ke daunnya, kesemuanya boleh dimanfaatkan.

KHASIAT KUNYIT:

  • Bersifat antioksidan yang membantu meningkatkan kesihatan diri secara keseluruhan. Kurkumin yang terkandung dalam kunyit mempunyai sifat antioksidan, antimikroba, anti inflamasi dan anti glikemik. Kesemua ini akan dapat menguatkan sistem imunisasi badan agar kita sentiasa sihat dan mencegah daripada beberapa penyakit
  • Kunyit berperanan sebagai antiseptik semulajadi yang membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat.
  • Kunyit juga sebagai ejen awet muda/melambatkan proses penuaan; kerana ia menyumbang kepada pertumbuhan sel dan meremajakan sel.
  • Kunyit bersifat anti kanser; pengambilan awal yang berterusan boleh menggelakaan terkena kanser.
  • Kunyit bertindak mendetoksifikasi racun berbahaya dan bahan kimia dari tubuh badan.
  • Kunyit dapat meningkatkan metabolisme dalam badan dan sangat sesuai untuk individu yang mahu menurunkan berat badan.
  • Kunyit dapat menyembuhkan pigmentasi yang disebakan oleh pancaran matahari.
  • Dapat membersihkan kulit wajah, membuat kulit tampak bersinar dan cerah.
  • Kunyit juga berfungsi sebagai antiseptik untuk penyakit-penyakit gangguan kulit seperti enzime, ruam merah dan selulit


Kunyit hidup yang segar dan baru dituai



Antara perawatan penyakit yang boleh digunakan dengan kunyit adalah :

  • Batuk : rebuskan kunyit dengan halia dan sedikit gula merah. minum sehari sekali selepas makan sehingga batuk sembuh

  • Menghilangkan bisa-bisa dalam badan : tumbuk kunyit, campurkan sedikit air dan di tapis. Tambahkan sedikit madu ketika meminumnya
  • Mengatasi selesema : Sapukan kunyit hidup di bahagian hidung dan dada. Nampak macam comot sikit lah, tapi penyembuh alami yang terbaik dan tak perlu keluar RM
  • Masalah keradangan : rebus dan minum air kunyit.
  • Masalah pencernaan usus
  • Mencuci darah kotor (haid/selepas bersalin) dan mempercepatkan pengecutan rahim
  • Membantu mengatasi masalah kemurungan dan alzhemier
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Sakit gastrik : ibu kunyit hidup, sehelai daun betik yang telah tua dan ibu garam kasar sebesar jari. tumbuk halus dan campurkan dengan 1/2 cawan air. Tapis dan minum air berkenaan
  • Menggelakkan penyakit leukemia







Wednesday, 12 June 2013

BISKUT UNTUK DIET ....



  • I'm IN LOVE with this cookies.....
  • Sesuai untuk saya yang berdiet...
  • Sesuai untuk saya bawa sebagai bekalan di pejabat; yang kekadang tidak berkesempatan untuk ambil lunch..
  • Sesuai untuk saya, bila terlampau aktif saya perlu tenaga segera...
  • Sesuai untuk saya yang sejak sedikit senior ni, cepat lupa; he3..minda selalu penat kut.....
  • Sesuai untuk saya sebagai kudapan yang kekadang travelling; tapi malas nak singgah mana-mana dalam perjalanan sehingga sampai ke destinasi..
  • Selain SEDAP dan seronok tatkala mengunyahnya (sebab sangat crunchy)  
  • Cookies ini sangat baik untuk kesihatan; kerana mengandungi semua nutrisi yang kita perlukan I LIKEEE...!!!!


Bahan asas terdiri dari bijirin badam, bijan hitam , pumpkins seed.

Jom kita lihat kebaikan yang terkandung di dalammnya;

Kelebihan BADAM:
Sumber : by Diana Herington


  1. Memberi tenaga kepada minda.
  2. Mengurangkan risiko serangan jantung
  3. Mengurangkan kadar 'bad' kolestrol
  4. Melindungi kerosakan arteri darah kerana sumber 'flavonoids' pada kulit badam 
  5. Membantu pertumbuhan tulang dan gigi kerana ia mengandungi 'prosporus'
  6. Membantu menstabilkan berat badan
  7. Mengurangkan peningkatan kadar gula dan insulin selepas makan
  8. Membantu mengatasi darah gemuruh
  9. Membantu meningkatkan kadar alkali dalam badan (perlu dingatkan apabila tubuh badan kurang alkali, kita berisiko tinggi mengalami ostroporosis, kurang daya imun, kurang tenaga dan badan mudah naik).
KHASIAT BIJI BIJAN:
Sumber : http:// www.care2.com/greenliving/10-health-benefits-of-pumpkin-seeds.html#ixzz2VVqUdj9n   
  1. Kaya dengan pelbagai zat mineral seperti magnisium, zat besi, phosporus dan kalsium
  2. Zat besi membantu pertumbuhan tulang yang kuat; membantu mengatasi  ostroporosis
  3. Mengandungi kadar 'phytosterols' paling tinggi bagi mengatasi kolestrol jahat
  4. Mengingkatkan kadar vitamin E; sumber terbaik menyahkan penyakit
  5. Membantu meningkatkan keberkesanan pengambilan ubat diabetis
  6. Mengurangkan  tekanan perasaan
  7. Membantu memerangi radikal bebas, menguatkan imunisasi dan AWET MUDA
KHASIAT BIJI LABU (PUMPKINS SEED)
Sumber: http://www.care2.com/greenliving/10-health-benefirs-of-pumpkin-seeds.html#xzz2VVqUdj0n
  1. Membantu menuetralkan asid di dalam badan
  2. Membantu tidur yang nyenyak
  3. Penenang semulajadi
  4. Membantu menstabilkan kadar gula di dalam badan
  5. Tinggi kadar Omega 3s
  6. Khasiat bijirin paling baik untuk kaum lelaki...

Ermmm...manisnyer sedang-sedang saja. Sangat crunchy. 
Biskut ini dijual dengan harga agak mahal di pasaran. Ialahh kannn... bahan-bahannya pun boleh tahan mahalnya. Sebalang biskut ini yang mengandungi 20 keping dengan ukuran sekeping biskut anggaran 3" x 1.5" dijual dengan harga RM 25. Alamatnya kena bercatu bila nak makan demi pemjimatan he3...



Mine...?? i make smaller size 2" x 1.5" jer

 untuk makan di rumah dan bekalan anak-

anak bawa balik ke asrama.

Silakan.. BISMILLAH...

Insya Allah nanti saya kongsikan resepinya.





  • .  

Monday, 20 May 2013

AMALAN MENAIKKAN SERI WAJAH

Saya dapat ayat ini dari seorang tokoh agama agama serta ahli politik terkenal tanahair semasa beliau pernah menjadi tutor/guru mengaji al Quran saya di universiti satu ketika dulu. Hingga kini, beliau masih kelihatan cantik dan anggun. 


Ayat 165: surah Al Baqarah

Yuhibbunahum kahubbi lillah; walla zhi na amanuu ashaddu hubbanlillha.

Dibaca 3x setiap kali membasuh muka atau memakai bedak di muka.

Apapun perlu diingat, setiap amalan menggunkan ayat al Quran hendaklah dilakukan dengan niat yang suci dan ikhlas, serta niat zikkrullah. Jadikan ianya sebati dalam diri. Andainya tercapai hasrat yang diimpikan (muka berseri) dengan izin Allah, jangan sesekali menyalah gunakan nikmat itu sehingga kita lupa diri dan terpesong. 

Kecantikan wanita akan lebih terserlah kiranya disertai dengan tutur kata yang sentiasa berhemah, ibadah yang berterusan serta hati yang jujur dan ikhlas.

Semoga kita sentiasa di dalam petunjuk hidayah serta perlindungan Allah SWT.


Friday, 22 February 2013

PETUA TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK

Saya selalu pening kepala kalau anak susah nak makan. Saya yakin, ramai para ibu di luar sana juga menghadapi masalah yang sama. Terpaksa ditunggu dan menggunakan pelbagai cara nak memujuk anak makan. Paling rasa susah hati, bila anak susah makan, berat badan tidak mencapai berat sewajarnya sesuai usia, dan ini akan mengundang bermacam penyakit pada si anak. Apatah lagi sekarang ni, amat bahawa kalau anak jatuh sakit, macam-macam virus menyebabkan sakit jadi berpanjangan.

My Izzat termasuk dalam kategori anak yang susah nak makan. Akibatnya, bdan kurus sangat, dan selalu tak bermaya bila di sekolah. Balik sekolah jer, pastinya kelelahan. Pelbagai cara dah dibuat, macam-macam pil vitamin diberi, masih begitu juga. Alhamdulillah..terjumpa petua mudah ini untuk tingkatkan selera makan kanak-kanak. So, why not give a try, it's simple, easy and very cheap.

Caranya macam ini:
  • Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih
  • Patah2kan sampi panjang agak2 jari kita ( saya blender kasar daun kucai tu, kemudian tapis, airnya kehijauan)
  • Campurkan dengan air suam2 kuku, separuh baldi kecil saja
  • Bila anak mandi petang, lebih kurang nak senja gitu (jam 6-7 ptg), lepas sabun dan mandi bersih, gunakan air kucai tadi sebagai bilasan terakhir
  • Tuangkan sehingga 3-4 cedok air
  • Urut-urutkan dada dan belakang anak
  • Bersihkan kesan-kesan daun (kalau ada yang terlekat di badan anak)
  • Tidak perlu bilas dengan air biasa
Selepas 2 hari mencuba, Izzat cergas saja balik dari sekolah. Ceria dan boleh main di taman lagi (tidak seperti hari-hari lalu, dia yang lesu).

Paling menyeronokkan, dia makan berselera sekali. Petang balik sahaja sekolah (sessi persekolahan Izzat dari jam 8.00am hingga 4.30 pm) dia dah minta nak makan ringan-ringan , rotilah, biskut ker kek... etc. Jam 7 malam, makan nasi pula. Aikkk... jam 9.30 mlm nak tidur pun cakap lapar dan nak makan lagi...

Nampaknya, mandi air kucai ni beri kesan positif juga pada dia. Heran juga, sekadar petua atau ada sesuatu di sebalik kucai tu. Tapi no harm trying, IT'S WORKS....!!!

Apa kucai tu ??


Daun kucai


Search dari Wiki, khasiat kucai adalah seperti berikut:

Daun kucai mengandungi vitamin A, vitamin B ,vitamin C, kalium dan asid folik. Ia dipercayai mampu melegakan sakit tekak, sakit perut, melindungi diri daripada penyakit jantung dan stoke, membantu tubuh menentang bakteria dan meningkatkan kebolehan tubuh untuk mencerna lemak. 

Selain itu, ia dapat merangsang selera makan, membersihkan hidung tersumbat, mengurangkan kembung dan mencegah nafas berbau, merendahkan tekanan darah tinggi. Kandungan vitamin C dalam kucai mampu mencegah selsema. Daun kucai juga mempunyai sumber baik beta karotena yang membantu memperbaiki penglihatan mata dan membersihkan 'acne'.

Kucai bertindak sebagi antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembanga usus. Ia juga melancarkan perjalan darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah dengan menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air suam panas lalu diminum. Lebih mujarab kalau diminum setiap pagi. (Wondering...if kids can drink this???)

Anyway, dengan memandikannya pun, nampaknya boleh memberi kesan yang dikehendaki. Kids can accept this way, much better for them.

Itulah petuanya,.... bolehlah cuba kalau nak ya...



Tuesday, 25 December 2012

Petua menyembuhkan penyakit hati


PETUA DARI SEORANG TABIB



Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota

Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya 

melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."


Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka 

meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.


Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa 

dan menyembuhkan penyakit hati? "


Kemudian, si tabib itu menjelaskan:


"Ambillah sepuluh macam ramuan: 

1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' 

(kerendahan hati),

2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,

3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,

4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,

5. Masukkan dalam kuali taqwa,

6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,

7. Didihkanlah dengan api mahabbah,

8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,

9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,

10. Lalu minum dengan sudu pujian.


Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat 

bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat.

- Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.