Showing posts with label ROTI. Show all posts
Showing posts with label ROTI. Show all posts

Wednesday, 3 June 2015

ROTI SARANG LEBAH DAN RESEPI SOS KARAMEL YANG MUDAH

Barakallahh.... Subhannalah... Alhamdulillahh.... Syukur di atas segala nikmat dan rahmatMu ya Allah...

Dah jadi rutin saya sejak dua menjak ini, meroti buat anak-anak yang untuk 'supper' mereka. Bila umur anak semakin meningkat, selera dan keinginan untuk makan memang bertambah apatah lagi bila mereka punya aktif beraktiviti. Apa pun, satu kebahagian pada seorang ibu, tidak terasa kepenatan untuk mengeluh bila melihat anak-anak selera menikmati air tangan kita.

Kegemaran si bongsu Izzat Nabil, roti sarang lebah yang sedang-sedang saja manisnya. Saya ambil resepi ni dari blog masakan terkenal Masam Manis. Terimakasih atas perkongsian empunya blog Azlita yang memang sangat terkenal dengan hasil masakan yang hebat. Barakallah alaiki.

Hasilnya... ermmm.. memang Marvelous sangat-sangat. Lembut, gebus , lemak-lemak manis berkaremal dan sekejap jer licin apatah lagi bila dimakan panas-panas.


BAHAN-BAHAN :
  1. 300 grams tepung high protein
  2. 200 grams tepung gandum
  3. 2 sudu besar butter
  4. 2 sudu besar madu asli
  5. 6 grams instant yis
  6. 1 sudu kecil baking powder
  7. 3 sudu besar gula halus
  8. 1 biji telur
  9. 2 sudu besar yogurt asli
  10. 250 ml susu segar
Hasil roti yang baru keluar dari oven.

CARA-CARA:
# satukan bahan 1 hingga 7 di atas dan gaul sehingga (adunan menjadi peroi) anggaran 5 minit menggunakan mesin

# masukkan secara mengikut turutan (tanpa menghentikan mesin telur, madu, yogurt dan susu sedikit demi sedikit

# seterusnya masukkan bahan 8 hingga 11 secara turutan sedikit demi sedikit. Gaul sehingga adunan sebati dan kenyal. Anggaran 15 minit

# layurkan sebuah bekas/besin dengan minyak zaitun, dan letakkan adunan tersebut. tutup adunan tersebut dengan kainlembab/palstik lebih kurang 40 minit

# buka adunan dan uli sekali lagi. kemudian buat bentuk yang dikehendaki dan letakkan di dalam bekas untuk membakar

# tutup dengan kain lembab/plastik lebih kurang 40 minit lagi sebelum dibakar

# panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu

# masukkan adunan roti ke dalam oven 170C dan bakar selama 20 minit

# setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. kemudian bolehlah disiram di atas roti tersebut.

Kemudian curahkan karamel di atasnya

RESEPI SOS KARAMEL :

1/2 cawan
1/2 cawan thick cream
1/2 cawan susu segar
1 sudu butter
1 sudu kecil teh esen vanilla
secubit garam

CARA-CARA:

Panaskan gula sehingga cair sambil dikacau. Masukkan thick@fresh cream vanillan dan butter serta garam. Kacau rata lebih kurang 5 minit. Masukkan susu segar dan kacau lagi. Sekiranya pekat, boleh tambahkan susu segar lagi sehingga kadar yang sesuai.

Melting sangat rasanya...

Monday, 17 November 2014

ROTI YANG SUPER DUPER GEBU'S

Assalamualaikummmm.....!!! semoga pembaca sentiasa berada di dalam rahmatNya.

Setiap kali nak ke sekolah, si bongsu saya selalu meminta RM 2 untuk bekal belanjanya. Kalau saya beri lebih, dia akan pulangkan semula . "Tak mau umi;  Nabil nak RM 2 saja", katanya. Wondering juga, apalah yang dia nak belanjakan dengan duit itu  sejumlah itu (he3... sebab kalau abang-abangnya tidak kurang RM 5 seorang) macam tak cukup jer nak beli makanan di kafe sekolahnya (apapun sekolahnya dah pun menyediakan 3 kali meals sehari). Sebagai ibu, saya bimbang kalau-kalau dia sekadar membeli manisan sebagai kudapan yang tidak berapa baik untuk kesihatan.

Rupa-rupanya, setiap hari sementara menuggu van sekolah sampai Izzat akan membeli roti. Dan seketul roti bergula denga saiz sebesar tapak tangan dijual dengan harga RM2. Sememangnya tidak dinafikan, dia akan makan yang ringan-ringan sebagai lapik perut sebelum waktu makan malam kami jam 7 malam. 

Daripada si anak selalu membeli roti; kenapa tidak saya sendiri membuatnya untuk santapan anak. Bila uminya dah pandai buat homemade roti, RM 2 Izzat tetap saya beri sebagai wang tabungan dia, boleh lah menambah duit simpanan harian dia. Hari ini saya kongsikan resepi asas doh roti (sebenarnya dah beberapa kali mencuba); dan hasilnya memang ter'sangat'lah GEBU's. 

BAHAN-BAHAN:


300 grms tepung roti high protin

50 grms susu tepung (saya guna susu Anlene)
50 grms telur/sebiji
50 grms/ 2 sudu besar mentega (saya guna buttercup)
80 grms yis
120 ml air
2 sudu besar madu asli
2 sudu besar gula
1 sudu besar bread softener
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:


Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk mixer dan diputar menggunkan pemutar roti selama 15- 20 minit tanpa henti. Doh akan kelihatan lembut tetapi kental. Keluarkan dari mangkuk mixer dan diuli sedikit dengan tangan membentuk bulat. 

Sediakan sebuah mangkuk yang terlebih dahulu di sapu dengan minyak zaitun (supaya doh tidak melekat dalam bekas berkenaan). Letakkan doh roti tapi, salut dengan plastik dan biarkan selama 45 minit - 1 jam. Selepas 1 jam doh akan akan naik 3 kali ganda dan sangat lembut.

Keluarkan doh tersebut , uli sebentar  doh untuk melepaskan udara yang terperangkap. Kemudian dibentuk bulat atau dengan bentuk yang dikehendaki.

Saya buat bentuk di atas (ala-ala menocang rambut gituu...).

Kemudian taburkan gula (sebab si bongsu saya gemar roti manis sebegini). Tutup adunan dengan plastik/kain bersih dan biarkan selama 1 jam.

Beginilah kejadiannya selepas 1 jam; doh yang mengembang naik dan sangat lembut ;)

Persiapan seterusnya, panaskan oven 170C selama 10 minit. Masukkan doh ke dalam oven dan bakar selama 17- 20 minit bergantung kepada oven masing-masing. Roti yang telah masak akan berwarna keperangan. Setelah dikeluarkan dari oven, sapukan dengan sedikit butter di atasnya bagi memberi efek berkilat pada roti berkenaan.



Dah siap my homemade roti tocang  yang super duper GEBU'S, sedia untuk hidangan sarapan pagi atau minum petang. Ermmm... so yummy...!!! apatah lagi di cicah dengan kopi O atau teh O. Boleh juga dimakan begitu saja, sebab rasanya yang manis dan sangat lembut. Paling seronok bila melihat Izzat saya makan, sekali hadap 2 , 3 ketul habis; memang favourite nya.

SILA LAH MENCUBA...!!!