Showing posts with label BISKUT. Show all posts
Showing posts with label BISKUT. Show all posts

Sunday, 12 July 2015

BISKUT MERINGUE KISSES; THE BEST...


Kebanyakan biskut menggunakan telur kuning sebagai salah satu bahan dalam adunan. Jadi, kerapkali putih telur yang diasing disimpan dalam peti sejuk dan kemudiannya terbiar begitu saja.

Untuk tidak membazirkannya, apa kata kita gunakan putih telur untuk membuat biskut yang tak kurang sedapnya ini. Biskut ini sangat ringan, crunchy dan cair di mulut. Cumaaaa..... kena banyak bersabar dengan biskut ni sebab masa yang diambil untuk memasaknya agak lama

BAHAN-BAHAN:

4 biji putih telur
1/4 tsp cream of tartar
1/4 tsp garam halus
1 cawan gula halus ising
1 tsp perisa mocha
5-10 titis pewarna coklat (optional)



CARA-CARA :

Panaskan oven 80C terlebih dahulu selama 10 minit. Letakkan kertas pelapik non stick paper di atas dulang pembakar dan ketepikan

Satukan putih telur, cream of tartar dan garam. Putar dengan kelajuan maksima selama 2 minit (sehingga adunan menjadi buih-buih halus yang sangat ringan)

Semasa proses memutar adunan dilakukan, perlahan-lahan masukkan gula ising sedikit demi sedikit. Gunakan spatula untuk mengais adunan ditepi mixer agar semua adunan dapat di putar oleh mesin.. 

Teruskan memutarkan adunan dengan kelajuan maksima sehingga adunan betul-betul ringan dan tidak menitik.

Masukkan perisa  & pewarna mocha. putar sehingga adunan rata. JANGAN TERLEBIH PUKUL KERANA ADUNAN AKAN SEDIKIT MENCAIR NANTI. Adunan dah tak menjadi kalau begitu.

Ambil dan masukkan adunan ke dalam plastik piping yang telah diletakkan acuan yang sesuai/dikehendaki untuk membentuk biskut kelak.

Pipe adunan terus ke atas dulang pembakar yang sedia dilapik (PERINGATAN: jangan sesekali menngunakan kertas pelapik biasa, kerana biskut nanti akan melekat pada kertas berkenaan).

Bakar sehingga 1 jam (sehingga biskut kering). Kemudian biarkan di dalam oven selama 1 jam lagi (boleh juga semalaman) sehingga betul-betul ringan dan kering.

Simpan di dalam bekas kedap udara, JAngan sesekali simpan di dalam petisejuk. Nanti biskut akan lembab dan melekit.

*Pesanan penting : Semasa membuat biskut meringue ini, untuk mendapatkan hasil yang sangat ringan dan foamy seperti Styrofoam, hendaklah menggunakan bekas stainless steel atau mangkuk kaca. Elakkan menggunakan mangkuk plastik.


M & M CHOCOLATE COOKIES YANG LAZAT

Persiapan hariraya yang sederhana untuk kami sekeluarga tahun ini. Saya sedayanya untuk cuba menyediakan juadah kuih muih dengan air tangan sendiri. Jadinya, pilihan biskut kenalah yang menepati citarasa anak-anak.

M & M cookies ini sebenarnya adalah 1st try saya. Hasilnya, alhamdulillah memuaskan. Sekilas pandang, daya penarik utamanya adalah chocolate M & M yang berbagai warna sangat menyerlah di atas adunan biskut berwarna chocolate.

Cumaa... anak-anak bujang memberi komen tak kena pada tekak mereka (mungkin sebab rasa chocolate yang kuat). Apapun ianya menjadi kegemaran si dara saya. Siap tanya lagi; "ehhh... kenapa umi buat sikit jer, SEDAP sangat apaaa biskut ni", Huhhhh... LEGA rasa hati bila biskut yang kita buat LAKU juga. Lebih rasa seronok lagi, bila bawa balik kampung ; biskut ini jadi kegemaran anak-anak saudara pula especially Ikhwan. Mak pun dok rajin juga mengunyah biskut ni :). Ermmm.... Alhamdulillah, FINISHED!!! habuk pun tak tinggal. Siap ada request supaya buat lagi. 

Di sini saya sharingkan resepinya:
Bahan-bahan diayak dan satukan :

  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung rose 
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko gelap aka dark choc/biasa(nak sedap, pilih yg ader brand can Van Houton ker)
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam

Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor @ gula perang
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang (walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional (saya tak letak)

Cara-cara :

Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.

Masukkan kuning telur dan pukul rata.

Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.

Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.

Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.

Selepas buat bentuk bebola doh biskut tadi...leperkan...lebih cepat masak.. Gunakan alas non stick di atas dulang pembakar supaya mudah dialih bila telah masak.

Kemudian hiaskan biskut anda dengan M & M di atas biskut.

Panaskan oven 150c atau ikut kesesuaian oven anda.

Masukkan cookies dalam oven. Biar dalam 15 ke 20 minit. Kalau buat kecil-kecil lagi cepat masak. 

Masa keluar dari oven, biskut akan sedikit lembik. Biskut akan mudah dialih ke rak untuk disejukkan apabila menggunakan pelapik non stick (walaupun mahal sedikit yang bagusnya pelapik ini re- cycle). Tetapi kena berhati-hati dan perlahan-lahan supaya biskut tidak berderai. Biarkan sejuk dan ia akan mengeras dgn sendiri..

Kalau masih ada bahagian yg lembik jugak walaupun dah sejuk (selalunya bahagian tengah) masukkan dalam oven lebih kurang 5 minit lagi..

Siap sudah biskut yang sangat attractive in colour :)

Saturday, 11 July 2015

RED VELVET COOKIES YANG SEDAP


Alhamdulillah siap juga MY RED VELVET yang sedap dan mengancam. Biskut ini memang jadi kegemaran anak-anak. Selain rasanya yang lazat, lemak-lemak rasa chocalate, manis yang sedang-sedang dan sangatlah rangupnya dengan adanya badam sebagai bahan utamajuga. Jom kita tengok resepinya.


BAHAN-BAHAN :
  • 120 grm buttercup
  • 10 grm minyak sapi
  • 100 grm gula castor
  • 120 grm tepung gandum
  • 50 grm tepung beras
  • 50 grm badam cincang
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar serbuk
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu besar pewarna bright red
  • 30 grm choc chip 
  • 30 grm semi choc chip 
CARA ;
  • Ayak bahan kering. Satukan tepung gandum, tepung beras, dan serbuk koko; diayak dan dikepikan
  • Di dalam mesin pemutar satukan buttercup, minyak sapi dan gula castor. Putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat
  • Tambahkan telur dan putarkan sebati
  • Kemudian tambahkan esen vanillan dan pewarna merah dan putar lagi hingga adunan rata
  • Masukkan bahan yang telah diayak tadi, gaul dengan kayu@ spatula sahaja sehingga rata
  • Tambahkan badam, choc chip dan choc chip semi
  • Gaul adunan sehingga rata
  • Bolehlah sudukan/terap adunan di atasa adunan pembakar
  • Hiasan permukaan doh dengan baki choc chip

Adunan yang telah siap diterap dan sedia untuk dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 17 minit.



Another version of my red velvet cookies. Yang ni tak terap dengan acuan, bulat-bulatkan saja... senang dan cepat. Hasilnya tetap yummy!!!

Thursday, 18 June 2015

IDEA BISKUT RAYA YANG RINGKAS TAPI SEDAP...MESTI CUBA


Salam Ramadhan al Mubarak buat pembaca yang dirahmati Allah.....

Syukur ke hadrat Allah SWT. Hari ini telah masuk hari ke 5 Ramadhan 1305. Cepat sungguh masa berlalu, tak kerasanan . Moga dengan limpahan rahmat dan kasih sayangMu ya Allah, Ramaddhan ini membawa barakah dalam kehidupan dan dikurniakan malam Lailatul Qadr. Aminnn...

Catatan kali ini saya ingin berkongsi resepi biskut yang sangat ringkas, tapi sedap, rangup dan memang jadi kegemaran. Yang penting juga, sangat berkhasiat dengan adanya badam dan cornflakes tu. Cuma... rupanya memang agak kurang menarik, jadi kalau sekadar dilihat tidaklah tertarik. Hanya bila dah makan, sangatlah menarik.

BAHAN-BAHAN:

150 gm buttercup
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus (saya guna gula kastor)
60 gm cornflakes
50 gm coklat cip
25 gm almond nib
1 camca teh esen vanila
ceri merah dipotong kasar (secukupnya untuk hiasan)


CARA-CARA:

  1. Satukan butter dengan gula.
  2. Dengan menggunkan senduk kayu; gaulkan gula dan butter hingga sebati . Tak perlu hingga kembang dan gebus, sampai sebati jer (SENANG KANN!!). ###Peringatan kalau terlebih pukul, nanti biskut akan jadi kembang dan  meleper; dah tak cantik :(
  3. Masukkan tepun sedikit demi sedikit dan gaul rata
  4. Masukkan cornflake, badam, coklat cip dan esen vanilla secara berperingkat sambil digaul rata
  5. Sediakan dulang pembakar.
  6. Ambil secara jemput-jemput kecil adunan tersebut dan susun atas dulang pembakar
  7. Letakkan buah ceri sebagai hiasan pada biskut sebelum dibakar


Sambil-sambil tu panaskan oven selama 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C. Bakar biskut selama 20 minit. Angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday, 6 August 2013

SDII COOKIES ; BISKUT DIET

Satu ketika dulu, bila badan dah mula mengembang, risaunyerrr.. Macam-macam cara saya cuba buat, pelbagai ubatan kononnya untuk diet saya mencuba. Antaranya susu SDII yang popular di pasaran. Sempatlah juga saya jadi pengamal SDII selama 6 bulan. Tidak dinafikan, berat badan turun +- 5kg. Tapi lepas tu, dah tak boleh telan susu ni lagi, tiap kali nak minum rasa mual dan nak muntah. Sori yer kepada dealer-dealer SDII, no means to down ur biz, cuma dengan saya kott.. tak boleh minum berpanjangan. Lagi satu, dah tekak Melayu, tak boleh tak makan nasi agaknya (he3... pengamal SDII tak ambil kabohidrat). So end up, terabailah stok yang ada di rumah. Daripada membazir, saya cuba olahnya untuk jadi cookies sempena Aidilfitri ini.

Resepi saya ambil dari blog Yatie, Sinar Kehidupanku; biskut susu arab. Mohon izin menggunakan resepi itu. So instead of guna susu nespray, saya guna stok susu yang ada agar tidak membazir.

Jomm... tengok caranya. Yang penting, bahannya simple, cara yang mudah & senang nak membuatnya.


My Testimonial:

  1. Biskut kegemaran My Ili 
  2. Rasa yang sedap, lemak-lemak, manisnya sedang-sedang aje dan mencair di dalam mulut
  3. Coklat M&M, memberi rasa mewah pada biskut ini
  4. Cookies yang dihias dengan coklat M&M tidak boleh dibakar lama, kerana coklat boleh retak (seperti gambar, M&M yang berwarna oren tu)
  5. Sesuai untuk orang yang diet ??? (sebab ada SDII :) tapi.. minyak sapi tuuuu...alahai hilang diet kutt!!!)

Here..., the actual photo of the cookies. Macam comot sikit, tapi SEDAPP...

Sunday, 4 August 2013

CHEESE TART COOKIES YANG SEDAPPP!!

Salam kebahagian buat semua, semoga dalam rahmatNya juga kehidupan kita hari ini dan selamanya. Hari ini keadaaan di ofis agak lengang, ramai staff yang ada tugas di luar. Salah seoarang staf wanita saya  mengajukan resepi Pineapple Cheese Tart yang diambil dari facebook sepupunya Anida Azmi kepada saya; " cubalah puan, sedap sangat tart ni, walaupun ada cheese tapi tak muak", katanya.

Sharing is Caring, TQ Erin.


Bahan2 untuk membuat dohnya:

250 gm buttercup (suhu bilik)
2 sudu besar cream cheese (saya guna brand Phildelpia)
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
secubit garam
1 biji kuning telur
300 gm tepung gandum (ikut lembut)
Cara2nya:

Pukul butter dengan cream cheese sehingga sebati, masukkan kuning telur bersama garam, masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Kacau rata, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati. Adunan tidak boleh terlalu lembik nanti sukar dibentuk. Kalau terlalu keras, merekah bila dibakar. Teraplah dengan acuan pilihan.

BAHAN-BAHAN & CARA BUAT JEM NENAS:

2 biji epal yang diparut (tuskan dan ambil seratnya)
1 sudu besar cheese tart (kalau tak nak letak pun tak per, kalau letak lagi sedap
2 biji kunig telur dikacau sebati dan campurkan sedikit pewarna kuning untuk disapu atas jem kelak sebelum membakarnya.

Nota: cara paling mudah beli saja jem nenas yang siap dipaket dari Bake from Yen. 1 kg pun ada berlebih; bakinya masih boleh disimpan untuk next bake. Saya gunakan jem blueberry yang instant juga (yang berwarna purple gelap)

CARA MENGOLAHNYA:

1. Jem nenas dibulat-bulatkan terlebih dahulu.
2. Terap adunan doh dengan acuan pilihan
3. Letakkan jem nenas di atasnya
4. Bakar 25 hingga 30 minit dengan suhu 180C dengan 
    api atas bawah
BAHAN ISING UNTUK LAKARAN PULA:
2/3 cawan tepung meringue
1/4 cawan air suam (50% degree)
1 sudu besar jus lemon

CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul tepung meringue dengan kadar paling perlahan selama 2 minit
2. Masukkan air dan jus lemon sedikit demi sedikit sambil diputar lagi sehingga likat. (kadar kepekatan terpulang kepada individu: kalau likat sangat susah nak diterap, kalau terlampau cair pula adunan akan kembang bila diterap kelak)


Testimonial:

1. Saya puas hati dengan rupa bentuk tart ini, comel dan cantik
2. Kemanisannya, just NICEEE...., doh tak manis, tapi rasa manis cover dengan jem dan ising tu
3. Antara jem blueberry dan nenas, i prefer blueberry kuttt...contrast in colour and my TASTE!!
4. Doh agak lembut dan rapuh, so bila dah siap dimasak, kena dialas bagi setiap lapis supaya biskut tak  melekat. (untuk mengelakkan doh rapuh, boleh juga tidak menggunakan tepung jagung dan kastard dalam adunan doh asal)

HASILNYA... alhamdulillah inilah hasil tangan anak kedua saya Iqbal Naqib yang membantu saya menerap doh dengan acuan. Bolehlah kannnn...,walaupun kurang kemas; yang penting rasanya memang URMMMMHH...


Wednesday, 12 June 2013

BISKUT UNTUK DIET ....



  • I'm IN LOVE with this cookies.....
  • Sesuai untuk saya yang berdiet...
  • Sesuai untuk saya bawa sebagai bekalan di pejabat; yang kekadang tidak berkesempatan untuk ambil lunch..
  • Sesuai untuk saya, bila terlampau aktif saya perlu tenaga segera...
  • Sesuai untuk saya yang sejak sedikit senior ni, cepat lupa; he3..minda selalu penat kut.....
  • Sesuai untuk saya sebagai kudapan yang kekadang travelling; tapi malas nak singgah mana-mana dalam perjalanan sehingga sampai ke destinasi..
  • Selain SEDAP dan seronok tatkala mengunyahnya (sebab sangat crunchy)  
  • Cookies ini sangat baik untuk kesihatan; kerana mengandungi semua nutrisi yang kita perlukan I LIKEEE...!!!!


Bahan asas terdiri dari bijirin badam, bijan hitam , pumpkins seed.

Jom kita lihat kebaikan yang terkandung di dalammnya;

Kelebihan BADAM:
Sumber : by Diana Herington


  1. Memberi tenaga kepada minda.
  2. Mengurangkan risiko serangan jantung
  3. Mengurangkan kadar 'bad' kolestrol
  4. Melindungi kerosakan arteri darah kerana sumber 'flavonoids' pada kulit badam 
  5. Membantu pertumbuhan tulang dan gigi kerana ia mengandungi 'prosporus'
  6. Membantu menstabilkan berat badan
  7. Mengurangkan peningkatan kadar gula dan insulin selepas makan
  8. Membantu mengatasi darah gemuruh
  9. Membantu meningkatkan kadar alkali dalam badan (perlu dingatkan apabila tubuh badan kurang alkali, kita berisiko tinggi mengalami ostroporosis, kurang daya imun, kurang tenaga dan badan mudah naik).
KHASIAT BIJI BIJAN:
Sumber : http:// www.care2.com/greenliving/10-health-benefits-of-pumpkin-seeds.html#ixzz2VVqUdj9n   
  1. Kaya dengan pelbagai zat mineral seperti magnisium, zat besi, phosporus dan kalsium
  2. Zat besi membantu pertumbuhan tulang yang kuat; membantu mengatasi  ostroporosis
  3. Mengandungi kadar 'phytosterols' paling tinggi bagi mengatasi kolestrol jahat
  4. Mengingkatkan kadar vitamin E; sumber terbaik menyahkan penyakit
  5. Membantu meningkatkan keberkesanan pengambilan ubat diabetis
  6. Mengurangkan  tekanan perasaan
  7. Membantu memerangi radikal bebas, menguatkan imunisasi dan AWET MUDA
KHASIAT BIJI LABU (PUMPKINS SEED)
Sumber: http://www.care2.com/greenliving/10-health-benefirs-of-pumpkin-seeds.html#xzz2VVqUdj0n
  1. Membantu menuetralkan asid di dalam badan
  2. Membantu tidur yang nyenyak
  3. Penenang semulajadi
  4. Membantu menstabilkan kadar gula di dalam badan
  5. Tinggi kadar Omega 3s
  6. Khasiat bijirin paling baik untuk kaum lelaki...

Ermmm...manisnyer sedang-sedang saja. Sangat crunchy. 
Biskut ini dijual dengan harga agak mahal di pasaran. Ialahh kannn... bahan-bahannya pun boleh tahan mahalnya. Sebalang biskut ini yang mengandungi 20 keping dengan ukuran sekeping biskut anggaran 3" x 1.5" dijual dengan harga RM 25. Alamatnya kena bercatu bila nak makan demi pemjimatan he3...



Mine...?? i make smaller size 2" x 1.5" jer

 untuk makan di rumah dan bekalan anak-

anak bawa balik ke asrama.

Silakan.. BISMILLAH...

Insya Allah nanti saya kongsikan resepinya.





  • .  

Tuesday, 14 May 2013

MY LOVE COOKIES

Sempena menghargai orang-orang tersayang yang ada di sisi, saya ingin berkongsi My  "LOVE COOKIES". Bila dah jadi, memang cantik dan sweet bangettt... Nonstop captured the love cookies pictures, it so beautiful.....

Sebelum ke pejabat awal pagi itu, saya memesan  'kitchen assigment' untuk Ili; supaya dia menyediakan doh untuk biskut LOVE ini serta sugar icing pastenya. Nanti selepas pualng dari pejabat , bolehlah saya melakar biskut-biskut comel yang menjadi kegemaran Izzat ini.

Sebenarnya. adunan biskut ini sama dengan adunan My Cute Little Bear Cookies sebelum ini. cuma kali ini saya olah dengan acuan bentuk LOVE. Apapun saya catatkan sekali lagi resepinya agar mudah untuk rujukan.


BAHAN UNTUK DOH:
225 gm butter (saya setia dengan brand buttercup)
75 gm gula icing 
1 biji telur (suhu bilik)
1 sudu teh esen vanilla
440 gm tepung naik sendiri @ 440 gm tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
2 sudu besar serbuk coklat van houten

CARANYA ;

  • Ayakkan tepung
  • Satukan butter dan gula icing ; pukul/whisk dengan kelajuan sederhana anggaran 10 minit; hingga bertukar warna keputihan dan kelihatan berkrim
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul adunan sehingga sebati
  • Perlahankan mixer (slow) dan masukkan tepung sedikit demi sedikit
  • Putar hingga menjadi doh yang tidak melekit di tangan (saya uli dengan tangan bila adunan dah agak likat)
  • Balut dengan plastik wrapping, dan simpan di dalam peti sejuk selama 3-5 jam ( saya buat doh malam, keesokkan pagi baru My Ili ambil alih memasak doh berkenaan)

Keluarkan doh dari peti sejuk. 

Panaskan oven 160 C.
Uli doh perlahan-lahan (doh yang baru dikeluarkan dari peti sejuk agak keras; tapi jangan bimbang) sehingga adunan lembut. Roll dengan roller sehingga adunan tebal anggaran 1/2 cm dengan acuan LOVE, dan susun di dalam dulang pembakar (jarakkan sedikit sahaja sebab adunan akan mengambil sedikit ruang untuk mengembang).

Bakar selama 20 minit dengan api atas bawah (saya alihkan kedudukan/pusingkan dulang pembakar selepas 10 minit supaya biskut masak sekata). Bila dah masak, sejukkan dan boleh diteruskan dengan proses meng'icing'. Ili simpan di dalam bekas kedap udara sebab masa tidak mengizinkan untuk terus mencorakkan biskut LOVE ini.

BAHAN UNTUK ISING:
800 gm gula ising
1/3 cawan meringue powder (beli di kedai kek)
3/4 air masak (suhu bilik)
1 sudu besar jus lemon

CARA-CARA:
Satukan gula ising dengan meringue powder; gaul dengan mixer dengan kelajuan palin perlahan agar sebati.

Masukkan air serta jus lemon sedikit demi sedikit ; digaul sehingga adunan agak kental dan sedikit berkilat. Adunan ini kemudiannya sedia untuk diletakkan pewarna mengikut kreativiti masing-masing.(UNTUK TUJUAN INI, GUNAKAN PEWARNA BERASASKAN AIR SAHAJA, JANGAN GUNAKAN PEWARNA 'OIL BASE')

Malam; sambil menonton tv, saya ambil peluang mendekorasi My LOVE cookies, sambil anak-anak memberi idea dan punya kehendak corak masing-masing (ini masa yang sangat menggembirakan, sebab masing-masing pun take part). Memang sesuailah biskut ini dinamakan LOVE cookie, because we do it with LOVE.

Alhamdulillah, sempat juga rezeki ini dikongsi bersama dengan Nana dan Ayid (my niece). Biskut ini memang kegemaran kanak-kanak sebab rasa isingnya yang manis seperti gula-gula. 



Sesuai juga dijadikan door gift untuk sebarang majlis. Comelkannn...


SALAM SAYANG DARI KAMI....



Monday, 6 May 2013

My 5 STARS CHOCOLATE CHIP COOKIES


Malam 5.5.2013 malam bersejarah bagi penantian keputusan pilihanraya PRU13. Malam yang panjang nampaknya nak mengadap TV untuk menantikan siapa yang menang dan siapa yang kalah. So apa kata saya sediakan sesuatu buat kudapan sambil menonton tv nanti. Apalagi, tugas Ili lah mencari resepi di internet; dan  dua resepi untuk saya pilih. So i choose the easier one..

Selesai makan malam, saya sediakan bahan-bahan biskut ini, kemudian disimpan di dalam peti sejuk (lebih kurang 1 - 2 jam) dan boleh dibakar jam 8 malam nanti.

Sedap biskut ni, anak-anak pun tak berhenti mengunyah. So i give 5 stars my this recipes. Jom kita tengok cara-cara membuatnya.




Bahan-bahannya:
  • 2  1/2 cawan tepung serbaguna
  • 1/2 cawan oat (boleh di blender jika mahu)
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1 cawan butter
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 2 sudu kecil esen vanillan
  • 2 biji telur (size A)
  • 1 cawan chocalate chip
  • 1/4 cawan kacang walnut
  • 1/4 cawan kacang hazel

Cara-caranya:

1. Panaskan oven dalam suhu 350C (170C). Campurkan tepung, baking soda dan oat serta gaulkan bersama di dalam mangkuk yang sederhana besarnya : ketepikan.

2. Sediakan sebuah mangkuk lain; masukkan butter, gula castor dan gula perang dan dipukul dengan kelajuan sederhana (kalau guna whisk) sehingga adunan likat dan rata (adunan akan bertukar warna kelihatan lebih putih dan cerah). 


3. Kurangkan kelajuan pada kelajuan rendah, masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga adunan rata lebih kurang 1 minit.


4. Masukkan tepung, chocolate chip dan kekacang dan digaul perlahan-lahan menggunakan spatula.Adunan agak lembik dan sukar dibentuk, tapi jangan bimbang. Simpan adunan di dalam peti sejuk 1 @ 2 jam supaya senang diolah nanti.


5. Selepas 2 jam keluarkan dari peti sejuk dan dibentuk 'cubit-cubit' sebesar syiling 20 sen. Jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang 1/2 kali ganda.


6. Bakar sehingga biskut berwarna agak keperangan 8- 10 minit, tetapi di tengahnya masih agak lembut. Keluarkan dari oven dan biarkan selama lebih kurang 2 minit di atas dulang pembakar. Pindahkan ke atas rak dawai dan biarkan ia sejuk. Apabila telah sejuk simpan di dalam bekas kedap udara.



*Nota: Adunan ini boleh menghasilkan anggaran 3 dozen biskut.

Sekiranya anda inginkan biskut yang klasik dan mengancam, biskut ini adalah jawapannya. Ermmm.... memang sedap, crunchy, teksturnya yang ringan dan secukup rasa; manis, lemak kekacang, rasa susu cokalatnya...YUMMMYYY..
Saya rating 5 stars untuk biskut ini.
Rasa sekali memang nak lagi. Kalau nak tahu kenalah cuba.

SELAMAT MENCUBA!!!



Tuesday, 23 April 2013

BISKUT CHOCOLATE BAR YANG SEDAP DAN RINGKAS

Seperti biasa, rutin di hujung minggu , saya akan mengambil dan menghantar My Iqbal di asrama untuk tuisyen di Jalan Pudu. Selesai menghantarnya pagi minggu lepas, saya buka nota-nota lama dalam simpanan mencari resepi mudah untuk bekalan dia di asrama petang ini.  Akhirnya... terjumpa resepi biskut yang simple ini. Memang belum pernah dicuba lagi. Lama dah sebenarnya simpan resepi ni, cuma belum berkesempatan mengujinya.

It's so simple and easy. Masa yang saya ambil tak sampai 30 minit untuk menyediakan bahan-bahan sehinggalah biskut ke oven.

INILAH HASILNYA ; BISKUT CHOCOLATE CHIP
Berikut cara membuatnya.

BAHAN-BAHANNYA:

1 cawan butter
3 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanilla
100 gms bar chocolate (saya gunakan Cadbury milk choc)
1 sudu besar fresh milk

CARA-CARANYA: (catatan nota dalam simpanan saya)









Ermmm... memang sedap biskut chocolate bar ni. Apalagi cara membuatnya mudah dan ringkas. Semasa proses membakar; baunya memang menyentap selera. Terlupa diet sekejap. Sesuai disediakan bagi para ibu yang tak punya waktu; tapi tetap ingin menyediakan hidangan air tangan sendiri untuk keluarga.

Memang berbaloi untuk dicuba; anak-anak pun suka.