Showing posts with label I LOVE COOKING. Show all posts
Showing posts with label I LOVE COOKING. Show all posts

Sunday, 10 May 2015

KERABU BUNGA BETIK

BARAKALLAH..... syukur ya Allah dia atas segala nikmat dan rahmat Mu sehingga hari ini masih mampu diri ini menyedut udara bernafas dan merasakan indahnya iman pada MU.

Sekadar berkongsi pada hari ibu yang jatuhnya pada hari ini 10 Mei 2015. Pastinya semua ibu ternanti-nanti serungkai kata ucapan SELAMAT HARI IBU dari anak-anak. Sebagaimana ibu-ibu lain diraikan, teringin juga dihati untuk merasa penghargaan sedemikian pada hati setiap ibu.

Apapun, bagi saya....setiap hari adalah hari ibu, hari bapa. Ibu yang melahirkan, merekalah yang membesarkan , mendidik, memberi kasih sayang, penuh ihsan dan kasih sayang membesarkan kita. Justeru adalah menjadi kewajipan, untuk setiap anak mengingati, menghargai, menyayangi kedua ibubapa. Mana mungkin sehari pun melupakan mereka. Sekalipun bukan hadiah beribu ringgit nilainya, tapi cukup buat ibubapa yang ikhlas doa tulus sang anak buat mereka yang tidak pernah putus. Sekurang-kurangnya dalam kesibukan mana sekalipun, sedekahkanlah al Fatihah setiap hari buat ibubapa yang kita kasihi. 
RABBI FIRLI WALI WALIDAIYA WARHAMHUMA KAMA RABBAYANI SHOGHIRO....

Hari ni sebenarnya nak sharing resepi kerabu bunga betik. Sangat 'old timer' resepi ni sebenarnya. Budak-budak muda sekarang ramai yang tak reti/tak suka nak makan bunga betik. Selain rasanya yang pahit, makanan ni memang lah kurang glamour berbanding pizza dan burger. Kalaulah mereka tahu khasiatnya, mesti takkan lepaskan peluang menikmatinya. Apapun pahit tu boleh di atasi bagi yang tak suka rasa pahit.


Saya senaraikan dulu BAHAN-BAHANNYA:

1. Seikat bunga betik (anggaran 500 grams) direbus sehingga lembut
2. Sebiji buah tomato dipotong-potong kecil
3. 1 kilo kerang direbus dan dikopek kulitnya dan dituskan)
4. 1 cawan kerisik
5. 1 inci belacan bakar              
6. 1 labu bawang besar bakar
7. 3 biji cili padi
8. Sedikit garam
9. Sedikit gula

# Nota:
  a. Bahan 6 hingga 10 ditumbuk sehingga halus
  b. Petua supaya bunga/daun betik tidak pahit; direbus dengan daun jambu batu @ daun ubi kayu @ asam keping

CARANYA:

Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga kesemua rata dan mesra. Untuk rasa manis dan masin boleh ditambah/kurangkan kadar gula dan garam dalam adunan tersebut. 


KHASIAT YANG TERKANDUNG DALAM RESEPI INI:

1. Bunga betik:
  • mengawal dan menurunkan hypertension/darah tinggi
  • memudahkan sistem penghadaman
  • mengawal jarak anak (perancang keluarga secara alami)
  • merawat sakit dada
  • meransang pengeluaran darah haid
  • membantu mengandakan pengeluaran sel darah baru (baik untuk pesakit denggi)
2. Tomato:
  • Pengawalan Berat Badan sebab tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol . Ia turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. 
  • Membantu Masalah Susah Tidur atas kandungan sumber nutrisi lycopene
  • Mengurang Kerosakan Kulit  kerana sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. 
  • Membantu Penglihatan Mata kerana kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degenerationyang menyebabkan kesukaran untuk melihat
  • Merawat Batu Karang , pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang.

3. Kerang :
  • membantu mengurangi resiko terkena serangan jantung dan serangan stroke. 
  • membantu menyembuhkan penyakit hepatitis
  • mendapatkan efek pemulihan yang dua kali lebih cepat jika anda terserang hepatitis
  • Kerang juga dikaitkan dengan vitalitas kaum lelaki.
  • menggalakkan sensitiviti libido wanita
Subhanallah... banyak sangat khasiatnya kann.. CUBA JANGAN TAK CUBA!!!! Memang terBAIK!!!


Friday, 28 November 2014

SAMBAL UDANG KERING YANG MARBELOUS!!!

Assalamulaikum ... salam Jumaat yang barakah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dari segala yang kita telah lalui, amalan kita..., ketenangan dan kebahgiaan kita.... kesihatan dan rezeki harian kita. Aminnnn.....

Hari ini saya ingin berkongsikan satu resepi mudah pembuka selera. Saya namakannya sambal hijau. Kerana bahan asasnya adalah cili api. Resepi ini sebenarnya adalah resepi keluarga seorang sahabat, seseorang yang sangat saya kasihi, dan sememangnya sambal kegemaran beliau. Hingga kini pun, sekalipun tidak waktu sudah tidak mengizinkan untuk bersua, saya masih memasaknya kerana ia juga jadi kegemaran suami dan anak-anak saya. Memang terangkat!!! bila pekena sambal ni, berpeluh-peluh,  mak mertua lalu di belakang pun tak perasan. :(


BAHAN-BAHAN:

100 grms udang kering
15 biji cili api/padi hijau
7 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Asam keping anggaran 1 inci
Sebatang serai
Sedikit garam

CARA MEMASAKNYA:

Basuh udang kering. Setelah bersih, rendamkan udang kering dengan air panas dalam 5 minit supaya udang tersebut lembut. Sementara itu, tumbuk cili api, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. (dalam kes saya, bawang merah dan bawang putih memang sentiasa ada stok yang dikisar dalam peti sejuk untuk menjimatkan masa memasak) Serai di ketuk kasar.

Panaskan minyak anggaran 5 sudu besar. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk beserta serai sehingga pecah minyak dengan api yang sederhana. Masukkan udang kering beserta air rendaman tadi,serta asam keping. Letakkan garam secukup rasa. Tumis sehingga masak dan pecah minyak.


Dah siap pun sambal hijau udang kering. Sedap dimakan sekadar dengan ikan goreng dan  nasi putih panas-panas. SELAMAT MENCUBA!!!!


Sunday, 18 May 2014

AYAM PANGGANG BERMADU


Setiap kali hujung minggu, saya akan sentiasa mencuba resepi yang agak istimewa untuk keluarga di rumah. Ibu bekerja, bukan alasan bagi saya untuk tidak punya waktu menjediakan hasil 'air tangan' sendiri untuk mereka yang tersayang. Kebetulannya, saya sendiri kurang berselera dengan juadah di 'luar'. For me , homecook is the best.

Ayam panggang memang menjadi pilihan kami sekeluarga. Anak-anak suka, dan lebih seronok bila ada kelapangan, dapat dihantar ke rumah mak dan abah yang juga sangat menyukai ayam panggang. Selalunya saya akan gabungkan dengan pelbagai jenis nasi istimewa; nasi tomato, nasi warna warni, nasi minyak atau lain-lain lagi. Pokoknya, bukan nasi putih lahh.

Hujung minggu yang lalu, saya menyediakan ayam panggang madu. Mudah, ringkas dan ermmm... yang pasti hasilnya tidak mengecewakan.

BAHAN-BAHAN ;

Seekor ayam saiz sederhana. Bersihkan dan diperap.

BAHAN-BAHAN PERAPAN;

5 sudu besar madu asli
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat manis
4 ulas bawang putih  (ditumbuk halus)
2 inci halia (ditumbuk halus)
Garam secukupnya

Satukan kesemua bahan berkenaan. Perapkan ayam dengan bahan tersebut sekurang-kurangnya 4 jam.
#Nota : saya perapkan semalaman di dalam petisejuk, dan bakar keesokan harinya.

Bakar ayam selama 30 minit jam dengan suhu 200c. Dan 30 min seterusnya dengan suhu 170c.

Inilah hasilnya,  ayam yang garing di luar tetapi moist di dalam

Memang sangat menyelerakan. Apatah lagi bila dimakan panas-panas.
ERMMMM...... YUMMY...YUMMYYYY.. !!!