Showing posts with label SUARA HATI IBU. Show all posts
Showing posts with label SUARA HATI IBU. Show all posts

Thursday, 17 October 2013

Happy Birthday My dearest Izzat Nabil



Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran My Izzat Nabil Al Haziq yang ke-10. SELAMAT ULANGTAHUN anak umi. Umi doakan agar Izzat menjadi anak yang soleh, berjaya hidup di dunia dan akhirat. Semoga Nur Allah serta hidayah Nya sentiasa menerangi hati nurani anak umi sepanjang perjalanan hidup.Saya juga ingatkan pada Izzat, bahawa dia makin dewasa, mesti tambah untuk selalu buat baik dan tidak tinggal solat harian.


Tiada sambutan hari lahir Izzat seperti tahun sebelum kebiasaannya, sebab tahun ini ulangtahunnya jatuh ketika peperiksaan akhir tahun sedang dijalankan. Apapun, saya sangat bersyukur, Izzat anak yang sangat baik, memahami dan mengikut kata. Dia faham, sebab uminya juga sibuk tak dapat  nak luangkan masa semasa hari lahir, but we do celebrate di hujung minggu bersama. Simple request from him, " Abil nak beli LEGO saja".


Syukur sempat juga saya menyiapkan red velvet kek untuk dibawa ke sekolah selepas peperiksaan sebagai "belated birthday celebration" Izzat. Dan sedikit ole-ole buat teman-temannya.

My Izzat dengan sebahagian dari koleksi photonya:
With sister Ili, hari pertama Izzat mula pandai meniarap

Izzat wearing his first shoes, dah mula pandai berjalan..
2 years old

2 years old with siblings, My Ili, My Iqbal, My Idham.


3 years old

 4 years old

5 years old

-With LOVE from Umi-



Monday, 13 May 2013

KASIH BUATMU IBU

Ahad minggu kedua bulan Mei adalah sambutan Hari Ibu. Bagi saya setiap hari adalah hari untuk mengingati ibu. Kalau pun bukan hadiah berharga yang dapat diberi setiap hari, saya mewajibkan diri ini memberi sedekah al Fatihah untuk mak dan abah, dan mohon agar setiap kebaikan saya adalah untuk mereka juga.


Terimakasih mak, atas kasih sayang dan doa yang sepanjang hayat ini. Sungguh tiada tandingan kasih seorang ibu, melahirkan menjaga dan doa yang sentiasa mengiringi perjalanan hidup ini. Syukur... kerana masih diizinkan untuk bersama dengan  mak sehingga usia ini. Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya pada mak, memberi kesihatan yang baik, dan memelihara mak selalu. 

My big family, mak abah, abang, brother and sister.


Saat yang paling membahagiakan seorang ibu, apabila semua anak cucu berkumpul semua. Riuh rendah itu penghibur laranya, tak kisah walau penat melayan kerenah anak cucu. Tentunya nostalgia waktu kami semua kecil dulu mengimbau kembali kerana itulah saat manis yang pernah dilaluinya satu ketika dulu.

My Ili, My Iqbal, My Idham and My Izzat. Umi love u all so muchhh...
Syukur, saya juga diberi nikmat menjadi seorang ibu. Merasai kepayahan mengandung, kesakitan melahirkan, malam berjaga, bertungkus lumus untuk anak-anak, jerih payah membesarkan amanah Allah ini memang sungguh amat terduga. Namun... segalanya itu amat membahagiakan; sukar nak diucapkan dengan kata-kata. Seorang ibu masih utuh tersenyum untuk anak-anaknya, seorang ibu masih mampu menyorok duka di hati, seorang ibu masih teguh berdiri mendukung semangat anak walau dalam saat sesukar mana pun..
 Allahhu Akbar, Maha Besar Mu ya Allah..., di atas segala kurniaan ini.

A small gift from my Ili. Comel apron tu; dan biskut pun cute.. Pandai gadis Umi ber'eksperimen' di dapur. Sesungguhnya amal jariah  akan berterusan pahalanya selagi makanan itu menjadi darah daging hayat orang yang menerima. Semoga Ili akan selalu berkongsi kebolehan yang ada untuk dikongsikan hasilnya dengan orang sekeliling.
Tq my dear Ili...


Ini pula dari My Izzat. Sangat kreatif hasil tangannya. A diamond of LOVE.. Dari sehelai kertas dilipat-lipat menjadi bentuk diamond yang kecil, bila dibuka... TARAAA... diamond yang besar dengan tulisan di dalamnya.
Tq Izzatt... Semoga Izzat menjadi anak yang soleh yang sentiasa dapat membahagiakan Umi dunia & akhirat.
Tq sayanggg..

Sungguh bukan hadiah yang seorang ibu dambakan dari seorang anak. Cukuplah anak mengerti jerih payah ibunya, mengiringi doa dalam setiap solat dan amalan yang membawa kebaikan untuk hidupnya. Kerna.. setiap kebaikan si anak, ibubapa jua turut merasa kemanisannya.


Tuesday, 26 March 2013

ATASI PERASAAN NEGATIF ANAK

John Gray Ph. D. di dalam bukunya 'Children Are From Heaven' berpesan tentang lima perkara mengasuh dan mendidik anak secara positif.
  • Boleh saja berbeza
  • Boleh saja membuat kesalahan
  • Boleh saja menginginkan lebih banyak
  • Boleh saja berkata tidak, tetapi Ayah dan Ibu adalah BOS dalam keluarga
Menyentuh perkara ketiga, emosi negatif anak-anak yang sering menguji ibu bapa adalah seperti marah, sedih, takut, muran, mengamuk, malu, cemburu dan ragu-ragu. Perasaan seperti ini sering ditunjukkan oleh anak-anak kecil yang sedang berkembang. Perkembangan emosi pasti perlu dititik beratkan oleh ibubapa. Mendidik anak agar dapat mengatasi emodi seperti di atas pastilah penting agar mereka dapat berkembang dengan optima sehingga dewasa.

Maka, peranan orang tua adalah mencipta kesempatan-kesempatan yang sesuai bagi anak-anak untuk merasakan dan mengutarakan perasaan negatif mereka. Namun begitu, perasaan-perasaan negatif ini sering diutarakan pada waktu yang tidak tepat oleh anak-anak. Hal ini sudah tentu perlu diterima dengan lapang dada. Jangan cepat melatah dan terburu-buru dengan menunjukkan tindakan negatif juga. Seorang ibu biasa tersilap melepaskan perasaan negatif itu, apatah lagi seorang anak yang sedang berkembang.

Seperti kebanyakan ibu bapa sedia maklum, anak-anak cepat menyerap tindakan yang diperlihatkan ibunya. Sekiranya ibu bapa mula menyuarakan perasaan risau, takut, malu, marah dan sedihnya kepada anak, maka anak-anak akan mempelajari sesuatu daripada situasi itu. Apakah yang mereka pelajari?

Anak-anak perlu didorong dan diajar mengatasi sesuatu kondisi. Dengan mengekspresi emosi ibu bapa, hal ini tidak akan memberi pelajaran yang baik untuk anak. Dengan bertindak secara optimis dan berfikir positif, ibu bapa mampu mengawal perasannya dan tidak mengekspresinya sehingga anak-anak terasa beban dengan situasi itu kemudian mereka lebih cenderung untuk menunjukkan emosi negatid tersebut. Mereka tidak dapat belajar cara mengatasi suatu kondisi dengan akal yang matang, tetapi mengatasi dengan emosi yang negatif. Kerana itulah yang dicontohi ibu bapanya. 

Sebagai contoh. seorang anak memanjat pokok, kemudian sang ibu mula menghalangnya dengan berkata ; "jangan panjat pokok itu, ibu takut kamu akan jatuh nanti." Terdapat cara yang lebih baik dalam menghadapi situasi ini. Sebagai contoh, ibu yang permisif, tidak akan menghalang, sebaliknya akan bertanyakan apa tujuan anak memanjat pokok itu dan mengingatkan risiko sekiranya jatuh kalau tidak berhati-hati.

Maka dengan ini, anak kita pasti berkembang dengan positif. Bukan kita yang menghambat perkembangannya, malah kita yang mengembangkan perasaan ingin tahu, cinta, kepimpinan dan sebagainya dalam diri seorang anak.

Wednesday, 27 February 2013

INGATAN BUAT DIRIKU...


12 perkara ini akan sentiasa kuingati selalu....

1. Mendoakan anak-anak untuk berjaya dunia & akhirat.

2. Mendoakan anak-anak agar ditetapkan iman & sentiasa dalam rahmat Allah.

3. Menegur anak bila nyata salah dari sudut agama. Tegas dan jelas dalam teguran. Mana yang tidak sekail-kali boleh dilakukan tanpa kompromi, perlu dijelaskan dari awal, contohnya tentang membuka aurat.

4. Bila orang lain menegur anak kita, jangan defensif, mana yang salah perlu diakui sebagai salah dan cepat-cepat perbaiki serta bertaubat.

5. Jangan sekali-kali berhenti berdoa untuk anak.

6. Beri tumpuan untuk bangunkan kebijaksanaan anak-anak dalam hidup dan agama, bukan sekadar kepandaian akademik.

7. Sentiasa mendorong, mendidik dan membangunkan diri anak-anak dalam sudut kemahiran dan kecekapan rohani dan jasmani, bukan mengongkong, memaksa dan mengawal.

8. Sentiasa mendengar dan memahami sepenuh hati dan perasaan luahan anak.

9. Sentiasa didik anak untuk berupaya mengawal dirinya sendiri berteraskan prinsip Islam, bukan kita yang mengawal mereka.

10. Sentiasa ingatkan mereka bahawa semua perkara perlu dilakukan kerana Allah bukan kerana ibubapa.

11. Sentiasa bersedia untuk membantu bukan untuk menentu dan membelenggu.

12. Berikan perhatian kepada keperluan emosi bukan sekadar keperluan fizikal.

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH NYA SERTA MEMELIHARA DIRI INI DAN KELUARGAKU...ameennn..

Sunday, 13 January 2013

WARKAH CINTA SEORANG IBU


DEAR MY BELOVED CHILDRENS;

I can teach you things but i cannot make you learn,
I can allow you freedom but i cannot be responsible for it,
I can offer you advice but i cannot decide for you,
I can teach you to share but i cannot you unselfish,
I can advice you about the facts of life but i cannot built you reputation,
I can tell you about drinks and drug but icannot say NO for you,
I can teach you abaout kindness but i cannot make you gracious,
I can model values for you but i cannot make you honourable,
I can give you love but i cannot make you beautiful inside,
I gave you life but i cannot live for you. 

Please never bring disgrace to your Deen and your parents!

Rabbanaa hab lana min azwajinaa wa zurriyyayina qurrata a'ayun:
Our Lord grant us spouses and children who will be the coolness of our eyes,

Aameenn.....


Thursday, 22 November 2012

AIR MATA IBU

Renungan buat anak-anak yang dikasihi:

Sembilan bulan mengandung, kesakitan melahirkan tidak pernah seorang ibu pedulikan demi kasih sayang pada anaknya. Setiap detik kelahiran dihitung, kelahiran dinantikan. Zahir sahaja engkau ke dunia, bermulalah tugasan yang lebih berat; menjaga mu anakku sebagai AMANAH Allah. 

Ingatlah; apa saja yang ibumu lakukan adalah kerana sayangnya padamu...






Berapa banyak AIR MATA IBU yang kita tidak Nampak telah gugur atas KEKASARAN KATA, KETERLANJURAN PERBUATAN samada sedar atau tidak mungkin di sebalik senyuman wajahnya …. Ada DUKA yang TERPENDAM terhadap kita.

p/s : IBU, maafkanlah aku…kerana aku PERCAYA , di dalam hatimu… selalu ADA TANGIS, yang tidak pernah terlihat olehku…