Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

Wednesday, 22 April 2015

RESEPI KEK MARBLE YANG SANGAT LEMBUT DAN GEBUS

Salam kebahagiaan buat semua .....

Hari ini saya nak kongsikan resepi kek marble yang sangat lembut, gebusss dan moist. Simple dan mudah.

Teringat dulu-dulu waktu kecil, suka sangat makan kek ini. Tapi setahun sekali jer dapat merasa masa Hari Raya. Ya lahhh... dulukan kek, biskut , nasi impit dan rendang hanya dapat dijamah masa hari raya jerr... memang terasalah kelainan, kemeriahan Hariraya berbeza denagn hari-hari lain. Tapi sekarang tak lagi, hari-hari pun dah senang nak makan kek, biskut dan rendang. Pokoknya kalau rajin, masaklah jer kat dapur tu. Kalau malas sikit, keluarkanlah wang saku, beli jer kat mana-mana supermarket atau online order . 

Sebagai ibu, saya memilih untuk masak sendiri bila teringin nak makan. Masa??/ ermmmm... memang lah kalau dicatu, macam tak sempat saja, tapi memikirkan yang terbaik untuk keluarga, usahakan juga masak sendiri. Yang pasti terjamin kebersihannya dan paling penting sebagai tanda kasih buat family

Sebagai rujukan sendiri saya catatkan resepinya di sini:


BAHAN A:

227 grms buttercup
5 biji telur kuning
1 sb ovellete
3 sb susu pekat
1 sk esen vanilla

BAHAN B;

150 grms gula castor (boleh tambah kalau 
yang suka manis)
5 biji telur putih

BAHAN C:

170 grms tepung gandum
1 sk baking powder
# Bahan disatukan dan diayak sekali


CARA-CARA:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Campurkan semua bahan A di dalam satu bekas dan diputar sehingga sebati. Ketepikan.
  3. Satukan kesemua bahan B, dan putar sehingga gebu dan ringan.
  4. Kemudian masukkan bahan A yang telah gebu tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan B dan diputar perlahan-lahan sehingga semuanya telah sebati.
  5. Dengan menggunakan spatula, masukkan bahan C sedikit demi sedikit dan di gaul rata dan sebati sehingga semua bahan habis dimasukkan.
  6. Masukkan ke dalam oven ; dibakar selama 40 minit @ sehingga masak.

Inilah hasilnye :)


Kek sangat sedap dimakan semasa masih panas-panas lagi; fresh from oven. Apa-apa pun kena sejukkan dulu ya sebelum disimpan.

Sangat in love dengan tekstur yang sangat GEBUSSSS & MOIST....
worth trying!!!! 
Alhamdulillah


Wednesday, 29 January 2014

BIRTHDAY CAKE FOR LITTLE PRINCESS NUNU

Assalamualaikum.....

N3 kali ini nak buat coretan sikit tentang kek birthday Nunu. Birthday sebenar gadis cilik Nunu adalah pada 15 Jan 2014. Pejam celik..pejam celik ... dah 7 tahun umur anak gadis cik Ila ini.


SELAMAT HARI LAHIR KE-7 NUNU!!. Auntie Ros doakan semoga menjadi anak yang solehah, dan menjadi kebanggaan serta kebahagiaan buat kedua ibubapa Nunu. Alhamdulillah sempat juga saya menyiapkan kek red velvet yang di tempah oleh ibu kesayangan Nunu. Mujurlah ibu Nunu tetap mahukan saya membuat kek untuknya, walaupun telah saya maklumkan awal keterlewatan untuk menyiapkan tempahan tepat pada waktunya. Terimakasih Ila, kerana mempercayai air tangan saya.



TQSM untie Roslizah Arshad...! Sangat sedap red velvet cake yg untie wat, kakak suka;)

#Belated besdaY anak dara
 — with Fuad Salleh.
TQVM ila. Terharu baca komen ila di facebook. 
Saya dimaklumkan oleh Ila; masa ambil Nunu dari rumah babysitternya dia agak moody (adalah perkara yang meruntun hati dia agaknya :(.
Tiba-tiba masuk saja ke kereta, dia tiba-tiba ceria bila ternampak kek yang dibawa oleh ibunya. And she's HAPPYY...alhamdulillah!!

Jom layari resepi kek red velvet di atas:

BAHAN-BAHAN :

1. 2 cawan tepung serbaguna
2. 1 tsp baking soda
3. 1 tsp baking powder
4. 1 tsp garam
5. 1 tsb serbuk koko
6. 2 cawan gula castor
7. 1 cawan minyak sayuran
8. 2 biji telur
9. 1 cawan buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sb cuka)
10.2 tsp vanilla esen
11.2 sb pewarna merah
12.1 tsp cuka
13. 1/2 cawan hot coffee/nescafe

CARA-CARA:

Panaskan oven 170C. Sediakan loyang bersaiz 8 " yang telah disapu butter.


Satukan bahan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam; ketepikan.

Sediakan satu bekas lain. Putar dengan kelajuan sederhana gula + minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, pewarna dan esen vanilla. Putar sehingga sebati. 

Masukkan hot coffee dan cuka; putar.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul perlahan-lahan menggunkan spatula sehingga adunan sebati. Masukkan ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45-60 minit dengan suhu 170C.

Apabila telah masak, letakkan di atas dawai relai. Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum proses mendeko dilakukan.


CREAM CHEESE ISING:
1. 250 grams cream cheese
2. 125 grams buttercup
3. 200 grams gula ising
4. 2 sudu besar krimwell (untuk memudahkan proses mendeko)

# Kesemua bahan di atas diputar sehingga ringan dan fluppy

Sedia untuk mendeko :)

Salam sayang untuk Nunu...



Friday, 24 January 2014

CHOCOLATE CAKE : YANG SANGAT MOIST DAN HEAVENN..


Assalamualikum dan salam Jumaat yang penuh barakah buat semua mulimin dan muslimat.

Syukur alhamdulillah, hari ini saya diberi peluang untuk mengadakan majlis makan-makan untuk semua staff di bahagian saya. Masih teringat-ingat lagi menu tadi, nasi jagung berlaukkan daging dendeng, dalca kari tulang lembu dan ayam masak merah banjar. Alahai.... sampai terlupa nak snap gambar menu yang lazat tadi. Masakanti sebenarnya  disediakan oleh salah seorang kerani saya Anies (atas permintaan saya & dimasak sendiri oleh ayah beliau). Sebagai boss, saya keluarkan wangnya saja. Wahhh... memang sedap!!!. Bertambah-tambah saya makan.

Sesetengah orang suka mengajak staff mereka makan-makan di luar. Tapi tidak pula saya, sebab saya merasakan lebih meriah makan-makan di pejabat dengan masakan yang dibawa dari rumah. Sudah pasti yakin dengan kesegaran dan kebersihannya. Lagi pun tak perlu meninggalkan pejabat, dan semua staff akan ada bersama.

Malam sebelumnya. sempat juga saya menyediakan sebiji kek choc moist untuk jamuan ini. Ini memang kek choc TERBAIK yang pernah saya cuba. Sangat moist, gebu dan lembab. Ermmmm....


BAHAN-BAHAN UNTUK KEK:
Resepi asal : http//www.bestmoistchocolatecakerecepi.com/
Sumber rujukan: AzieKitchen

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula castor
3/4 cawan serbuk koko
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur saiz A
1 cawan buttermilk (saya sediakan sendiri)
1 cawan vege oil
2 tsp vanilla esen
1 cawan air mendidih (wajib letak coffee/nescafe)

CARA MEMBUAT BUTTERMILK:

1 cawan susu segar
1 sb cuka
Masukkan cuka ke dalam susu dan gaul sebati

CARA MEMBUAT KEK :

1. Panaskan oven pada suhu 170 C.
2. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan tabur rata dengan tepung gandum ( saya gunakan loyang bersaiz 7 "
3. Satukan semua bahan di atas KECUALI AIR MENDIDIH ke dalam mixing bowl dan putar dengan kelajuan sederhana kira-kira 10 minit.
4. Akhir sekali masukkan air kopi/nescafe panas tadi dan di kaup perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang pembakar dan sedia untuk dibakar

# UNTUK HASIL KEK YANG CANTIK DAN GEBU; masa membakar yang saya perlukan adalah 1 jam. 40 minit pertama menggunakan suhu 170 C dan bakinya 20 minit dengan suhu 150 C

Inilah hasilnya, tekstur yang halus, sangat gebu dan lembab..



Selepas kek siap dibakar, biarkan sehingga betul-betul sejuk. Saya potong kek kepada 2 bahagian dan lapiskan dengan cream cheese. Kemudian saya salut keseluruhan kek dengan cream cheese; dan biarkan sejuk semalaman di dalam peti ais. Jom tengok cara-cara menghasilkan cream cheese yang mudah dan sedap.

BAHAN MEMBUAT CREAM CHEESE:

1. 250 gram cream cheese Philadelphia
2. 125 gram buttercup
3. 200 gram gula icing yang telah diayak

Caranya:
Satukan kesemua bahan dan diputar sehingga ringan dan gebu.
#Siap dan sedia untuk dijadikan topping kek

Keesokkan harinya, seawal pagi lagi saya sudah memulakan projek kek ini. Mula-mula masakkan dulu chocolate ganache (resepi di bawah). Letakkan kek di atas dawai relai, dan curahkan choc ganache yang masih panas terus ke atas kek dan ratakan....

CARA MEMBUAT CHOCOLATE GANACHE:

1. 150 ml whipping cream (jenama Rish's)
2. 500 grm choc compound bittersweet Berly's
3. 1 sudu besar butter cup

Cara-cara:
1. Panaskan whipping cream secara double boil kira-kira 5 minit sambil dikacau
2. Masukkan chocolate coumpoud + buttercup . Kacau hingga likat dan berkilat
# Sedia untuk dicurahkan ke atas kek

Untuk hiasannya saya gunakan cream cheese saya yang masih berbaki dan diwarnakan serta di lakar ke atas kek mengikut kreativiti. Alhamdulillah inilah hasilnya, kek chocalate haven saya...


The longer i live
the more beautiful
life becomes.
If you foolishly ignore beauty,
you will soon find yourself without it

Wednesday, 18 December 2013

KEK BATIK CHEESE YANG CRUNCHY FAVORITE KAMI!!!

Assalamulaikumm... salam sejahtera. Moga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat kasih Illahi selamanya.. aminnnn.

Hari ini saya nak kongsikan resepi mudah yang sentiasa jadi kegemaran anak-anak. Dari Ili hinggalh ke Izzat, ke empat-empat anak saya amat mengemari kek ringkas ini. Kalau cuti sekolah, buat satu adunan, sekejap jer dah LICIN!!!!


Sekali dua sayalah yang ke dapur menyediakannya. Sekarang Cik Ili saya sudah pun mahir membuatnya. Ringkas, mudah dan sekejap jer dah DONE!!! 15 minutes preparations time...

BAHAN-BAHANNYA:

250 grms buttercup
220 grms MILO
30   grms serbuk koko Harsley's
450 grms biskut cheese crackers Julies's
3/4 tin susu pekat

CARA-CARANYA ;

1. Panaskan kuali.
2. Masukkan buttercup dan kacau hingga buttercup    cair
3. Masukkan susu dan serbuk koko dan kacau   dengan cepat tetap perlahan (supaya adunan tidak berketul) 
4. Kacau adunan sampai likat (lenguh sikitlah tangan sebab ala-ala kacau dodol gitu.!!.) 
5. Perlahankan api, masukkan biskut sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga semua biskut habis
6. Gaul rata. matikan api
7. Masukkan ke dalam bekas yang telah dialas dengan kertas minyak terlebih dahulu, dan ditekan agar rata
8. Sejukkan, seeloknya semalaman/4 jam di dalam peti sejuk. 

TARAAAA...!!! Adunan telah sedia dipotong.. Cantik kan macam corak batik, eksklusif with colour combination dark brown and gold. Apa yang membezakan kek batik saya ini dengan yang lain-lain ya????

Penggunaan biskut cheese crackers membuat kek batik ini sedikit crunchy. Ada pula rasa coklat mewah Harsley's dan MILO tu....

Ermmmm...SEDAP SANGAT. 
Kalau nak tahu kenalah cubalah resepi mudah ini.


BISMILLAHIR RAHMANNIR RAHIM.... jom makan.
 Sedap sebagai kudapan semasa menonton TV atau bila-bila masa saja. Memang jadi kegemaran kanak-kanak.


Sunday, 30 June 2013

RED VELVET KEK DENGAN HIASAN BADUT

Seminggu yang sibuk dengan kerja-kerja di pejabat, berbengkel dan program jabatan. Dek kerana kesibukan yang melampau, saya keletihan dan demam dibuatnya. Dalam kesibukan yang tidak dapat dielakkan, ada pula permintaan dari adik saya supaya membuatkan kek untuk harijadi anak gadis kecilnya Suhada. Tak sampai hati untuk berkata tidak, kena pula Suhada memang manja dan keletah dengan saya. 

Kek red velvet pilihan Suhada, sebab dia memang penggemar kek tersebut. Siap berpesan awal-awal lagi, krim cheese nanti tak mahu ada perisa lemon. Ok kklah Suhada, sibuk dan tak sihat macamana pun Umi  (panggilan Suhada pada saya) gagahkan juga.
Inilah hasilnya, red velvet untuk harilahir Suhada yang ke -7.

 Mulanya risau juga Suhada tak suka hiasan badut ni. Tapi bila saya whats app photo keknya yang dah siap dengan patung badut ni, alhamdulillah dia suka dan happy dengan keknya.

Kek red velvet seberat 2.1 kg dengan cream cheese frosting


HAPPY BIRTHDAYA SUHADA.
Semoga menjadi anak yang solehah, membesar dengan sihat dan cantik.
Umi loveeee UUU...

Friday, 21 June 2013

MY RED VELVET WITH ROSSET CREAM CHEESE DECO

Saya mempunyai 17 kakitangan yang membantu saya menguruskan Bahagian IT & Pentadbiran di pejabat. Salah seorangnya ialah Erin, penyelia saya yang cekap dan sangat peramah. Rasanya kalau dia tiada di pejabat, terasa sunyi tanpa suara riuh rendahnya. Orangnya cantik, ala-ala wanita Jepun gituuu...

Satu hari, Anis (kerani saya) memaklumkan mengenai harijadi Erin akan tiba seminggu lagi. Tapi kebetulan masa itu Erin bercuti ke Tokyo (sambut harjadinya mungkinn.. he2..). So we plan to make a surprise for her. I will make a cake for her. Dari makluman Anis, Erin memang peminat red velvet cake.

Dek kesibukan kerja, surprise plan tertunda 2 kali. Apa taknya, kenalah tengok masa empunya diri yang nak membuat kek. Hari Selasa itu, balik saja dari pejabat  saya usahakan juga waktu untuk membakar kek. Setelah siap 3 layer, rehat sebentar sementara kek sejuk dan sambung semula malamnya untuk sessi mendeko pula.



Kek asal bersaiz 8", dengan 3 lapisan. Setiap lapisan saya letakkan nutella cream cheese; manakala untuk frostingnya saya gunakan cream cheese diwarnakan dengan 3 warna seperti di atas. Bila dah siap deco, berat kek menjangkau 2.5kg. Alhamdulillah, semua memuji keenakkannya, kerana kek yang moist, ada pula rasa nuttela yang lazat dan cream cheese yang so YUMMMYYY...

 HAPPY BIRTHDAY Erinnnn...!!

 Birthday wishes for Erin;

You are REMEMBERED today
in the HAPPIEST way & sent
WARM WISHES too..
 for a BIRTHDAY that bring all your
FAVORITE THINGS, and a year
that is DELIGHT

Saturday, 8 June 2013

Fluffy Vanilla Cake with Whipped Vanilla Bean Frosting


MY FLUFFY VANILLA CAKE

Atas permintaan en. anak yang bongsu My Izzat yang teringin nak makan kek vanilla, saya mencuba resepi ini. My Izzat memang penggemar kek yang berwarna asli . Kalau kek coklat atau lain-lain memang kureenggg sikit seleranya.

Bila tengok resepi, vanila kek ini menggunakan vanilla ekstrak. Pelbagai resepi saya cuba sebelum ini menggunakan esen vanilla, tapi kecewa kerana rasa n bau vanillanya tidak menyerlah. Akhirnya dapat juga pure vanilla ekstrak. Ermmmm... kek ini memang sangat harum dan sedapnyeeerrr...rasa vanillanya memang asli. I LIKEE..!!!

Tekstur kek yang gebu dan mampat, tetapi lembut dan agak liat (tak peroi macam kek biasa)

Anggaran :
Boleh dapat dua lapis sebiji kek bulat berukuran 8".
Saya boleh dapat dua lapis kek berukuran 6" dan 2 biji kek berukuran 5 ".
Tekstur kek yang halus , lembut dan gebu serta kenyal. Memang puashati dengan hasilnya.

Ini resepi untuk kek Vanilla yang GEBUSSS:

BAHAN-BAHAN:
  • 5 biji putih telur (150 gm) pada suhu bilik
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar (237 ml) pada suhu bilik
  • 2-1/4 tsp (12 ml) ekstrak pure vanilla
  • 3 cawan (345 gm) tepung kek; di ayak
  • 2 cawan (400 gm) gula
  • 1 tsp + 1 tsp (17 gm) baking powder
  • 3/4 tsp (5 gm) garam
  • 12 tsb (170 gm) unsalted butter, dingin beku dan dipotong sama anggaran 24 pieces
  • sedikit/secubit  garam
CARA-CARANYA:

1.  Panaskan oven 160C. Sapukan acuan berukuran 8" x 8" dengan butter dan letakkan sedikit tepung serta     ratakan. Alaskan kerta kek di bahagian bawah tengahnnya
2.  Sediakan sebuah mankuk yang sederhana; masukkan putih telur, telur. 1/4 cawan susu dan vanilla.     Bahan-bahan hendaklah dipukul hingga sebati dan ketepikan.
3.  Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan bahan-bahan kering dan digaul-gaulkan hingga sebat( atau      gunakan mixer dengan kadar perlahan) selama 30 saat.
4.  Masukkan butter sedikit demi sedikit (pastikan butter dalam keadaan sejuk), setiap 10 saat. Teruskan     memutar tepung secara perlahan-lahan sehingga butter tersebut habis dan keadaan tepung agak peroi dengan campuran butter itu. Kemudian masukkan susu, dan teruskan dimesin sehingga adunan menjadi agak lembab. Tambahkan kelajuan mixer selama 3 minit lagi. Masukkan adunan telur yang telah dipukul awal tadi sedikit demi sedikit ( 3 kali) dan di mixer setiap kali adunan telur dimasukkan. Pastikan semua adunan digaul rata.
5.  Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama rata. Kemuadian dibakar dalam 2 acuan yang sama     saiz. Boleh juga dibuat satu adunan; bila telah masak, kek di potong kepada 2 bahagian (sama ketinggian) untuk dijadikan 2 lapisan. Bila telah masak, sejukkan kek di atas relai kek.
Hiasan bunga ros berwarna biru turqoise juga warna kesukaannya My Izzat

VANILLA WHIPPED BEAN FROSTING

BAHAN-BAHAN:
  • 375 grm unsalted butter, suhu bilik
  • 475 grm gula icing
  • 45 ml susu segar
  • 1 vanilla bean, diambil bijinya  
  • 1 tsp vanilla ekstrak
  • sedikit garam
CARA-CARA:

1.  Butter dipukul hingga lembut dan kembang
2.  Tambahkan bahan-bahan lain sedikit demi sedikit, dengan kelajuan perlahan selama 1 minit. Kemudian     tambah kelajuan pada kelajuan sederhana selama 6 minit lagi. Cream akan menjadi ringan, creamy dan     gebu.
3.  Boleh mula mendeko mengikut kreativiti masing-masing

CARA SAYA:

1. Sapukan frosting pada lapisan pertama. Letakkan lapisan kedua di atasnya. Kemudian salutkan    keseluruhan kek dengan frosting mengikut pilihan masing-masing.
2. Saya masukkan ke dalam petisejuk selama 20-30 minit.
3. Sambil menunggu frosting agak sejuk, bolehlah kita buat pilihan warna  untuk mendeko kek berkenaan.    Hiasan bunga lebih mudah dilakukan/dilekat pada kek bila dasar kek sedikit keras.

Inilah hasil deko my blue turqoise rosess yang masih amatur

He3... masih kena polish dan lembutkan tangan semasa membuat kelopaknya. Learned from experience...; kalau nak mendeko kelopak mawar, adunan icing jangan menggunakan susu, sebab icing sedikit agak lembik.. Tambahkan sedikit krimwell supaya kelopak nampak cantik terbentuk. Bagaimana pun, penggunaan krimwell menyebabkan icing akan sedikit masin. Saya tak gunakan sebab anak-anak kurang minat rasanya.

My reference :
RECEPI FROM SWEETPOLITA


Sunday, 2 June 2013

MY PURELY CHOCLATE CAKE

Saya memang penggemar choc moist cake, terutama yang diselaputi dengan choc ganache. Sangatlah sukanya, sampai kalau makan tu tak beringat dengan jadual diet. Dek kerana ketagih, saya menjadi dealer kepada jualan kek moist supaya dapat harga yang murah; he3.. bukan untuk menjual tapi untuk makan sendiri. Alahaiii  yaiii... lama-lama tak larat dah nak beli aje, sebab kalau beli nak dapat harga dealer kena beli dalam volume yang tertentu.

Setelah mencuba beberapa resepi kek chocalate, nampaknya resepi di bawah ini sesuai dengan citarasa saya sekeluarga. Alhamdulillah .... dah berjaya membuatnya sendiri di rumah. 


Inilah rupanya hasil percubaan pertama my purely choclate cake. Seadanya hiasan yang ringkas, belum begitu mahir mendeko; mungkin jari jemari masih keras. Never mind, believe in myself; PRACTICE MAKE PERFECT, insya Allah...
My Idham, yang selama ini kalau tentang kek; so..so.. saje selera nya. Tapi kali ini, ermmmm... SEDAPLAH Umiii!! Jadi favoritenyer pula.

Dua hari kemudia, buat lagi. Kek di atas untuk santapan anak-anak buah di off. Alhamdulillah, good respond dari mereka yang merasa.

Jommm kita lihat cara membuatnya.

Penyediaan bahan terbahagi kepada 3 bahagian secara berasingan:
Panaskan ketuhar pada 160C semasa bahan-bahan disediakan.

BAHAN A:
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
# Semua bahan di atas disatukan dan   
   diayak bersama
   Ketepikan

BAHAN B
3 biji telur A saiz
300 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
#Nota : saya tambahkan 2 sudu besar susu pekat untuk kek yang lebih lembut dan moist

BAHAN D
250 ml air panas

CARA-CARANYA:
  1. Satukan semua bahan B. Puku adunanl hingga putih
  2. Masukkan minyak dan susu cair serta 2 sudu besar susu pekat
  3. Pukul hingga sebati
  4. Masukkan bahan A tadi sedikit demi sedikit secara kaup balik adunan dengan spatula
  5. Tambahkan air panas dan gaul rata
  6. Adunan sedia untuk dibakar; 
  7. Sekiranya disediakan dalam acuan kecil-kecil 6" x 3 " @ cupcakes, masa pembakaran yang diperlukan 40 minit
  8. Sekiranya menggunakan acuan 8"x8" masa yang diperlukan ialah 1 jam.
  9. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan
Dengan sukatan adunan di atas, saya boleh dapat 4 mini kek bersaiz loyang 4" x 8". 
Setelah kek masak, saya belah dua dan lapiskan dengan cream chees dan choc ganache. Pastikan choc ganache sedikit kental sebelum dipiping. 
Lapiskan kek menjadi dua lapisan, dan letakkan di dalam peti sejuk anggaran 15 minit, sebelum keseluruhan kek di tuang dengan choc ganache. 
Masukkan dalam petisejuk sebentar, bila choc ganache agak mengeras, bolehlah dihias kek tersebut.
Saya hiaskan kek dengan cream cheese bunga ros dan polkadot untuk sedikit seri.


Ini pula tempahan pertama dari Cik Jah untuk anak-anaknya. Harap Firdaus, Adah, Ayid dan Nana suka.

My cream cheese recipe:

Bahan-bahannya:

250 gm cream cheese
120 gm unsalted butter
1 1/2 cawan gula ising
2 sudu besar krimwell (supaya mudah mendeko)

My choc ganache recipe:

Bahan-bahan:

150 ml whipping cream
500 gm coklat masakan (saya pilih brand An Nur)- hiris kecil2
1 sudu besar butter

Cara-caranya:

1. Panaskan whipping cream secara
    double boiler
2. Masukkan coklat & butter dan
    gaulkan hingga cair dan adunan likat
    & berkilat.

# NOTA
- kalau nak letak di atas kek, sejukkan kek terlebih dahulu dalam peti sejuk. tuangkan coklat ganache yang sudah sejuk dan simpan semula di dalam peti sejuk

- Kalau untuk dijadikan cream hiasan kek, masukkan dalam pipping beg dan sejukkan sebentar di dalm peti sejuk agar adunan sedikit keras


Sumber rujukan:
Blog masam manis Azlita