Sunday, 18 May 2014

AYAM PANGGANG BERMADU


Setiap kali hujung minggu, saya akan sentiasa mencuba resepi yang agak istimewa untuk keluarga di rumah. Ibu bekerja, bukan alasan bagi saya untuk tidak punya waktu menjediakan hasil 'air tangan' sendiri untuk mereka yang tersayang. Kebetulannya, saya sendiri kurang berselera dengan juadah di 'luar'. For me , homecook is the best.

Ayam panggang memang menjadi pilihan kami sekeluarga. Anak-anak suka, dan lebih seronok bila ada kelapangan, dapat dihantar ke rumah mak dan abah yang juga sangat menyukai ayam panggang. Selalunya saya akan gabungkan dengan pelbagai jenis nasi istimewa; nasi tomato, nasi warna warni, nasi minyak atau lain-lain lagi. Pokoknya, bukan nasi putih lahh.

Hujung minggu yang lalu, saya menyediakan ayam panggang madu. Mudah, ringkas dan ermmm... yang pasti hasilnya tidak mengecewakan.

BAHAN-BAHAN ;

Seekor ayam saiz sederhana. Bersihkan dan diperap.

BAHAN-BAHAN PERAPAN;

5 sudu besar madu asli
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat manis
4 ulas bawang putih  (ditumbuk halus)
2 inci halia (ditumbuk halus)
Garam secukupnya

Satukan kesemua bahan berkenaan. Perapkan ayam dengan bahan tersebut sekurang-kurangnya 4 jam.
#Nota : saya perapkan semalaman di dalam petisejuk, dan bakar keesokan harinya.

Bakar ayam selama 30 minit jam dengan suhu 200c. Dan 30 min seterusnya dengan suhu 170c.

Inilah hasilnya,  ayam yang garing di luar tetapi moist di dalam

Memang sangat menyelerakan. Apatah lagi bila dimakan panas-panas.
ERMMMM...... YUMMY...YUMMYYYY.. !!!


Tuesday, 6 May 2014

SIMPLY SODA YANG SEDAPPP!!!


Hari ini saya nak kongsikan resepi untuk mendapatkan air ais krim soda yang lazat. And yet, it's so simply. Resepi ini saya perolehi dari sebuah majalah Mingguan Wanita sekitar tahun 2006 , kalau tak silap saya. Dan sudah pasti saya pernah mencubanya. Teringat lagi, pertama kali saya mencubanya semasa mengadakan jamuan re union sahabat2 di rumah saya. Dan, maklumbalas yang saya dapati sangat positif, alhamdulillah tetamu pun suka. Justeru boleh saya nyatakan hasilnya, SEDAPPP... dan cara menyediakannya juga mudah.


BAHAN-BAHANNYA:

2 botol besar air ais krim soda (yang ada dijual di pasaraya)
1 biji lemon
anggaran 20 helai daun pudina segar
5 biji asam boi (putih yang bersaiz besar)

CARANYA:

Campurkan kesemua bahan tersebut di dalam satu bekas. Perahkan lemon, daun pudina di ramas-ramas. Rendamkam asam boi bersama. Biarkan seketika sehingga semua bahan meresap ke dalam air. semakin lama dibiarkan kesemua bahan terendam, semakin sedap rasa air ini :)

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. SELAMAT MENCUBA!!

Monday, 28 April 2014

ALUMNI DINNER EX KOLEJ ISLAM KLANG


Tarikh     :  26 April 2014
Tempat   :  Hotel Everly Putrajaya
Masa      :  8 pm hingga 11.00 pm


Sebahagian besarnya adalah pertemuan semula kami setelah 30 tahun masa berlalu. Dulunya kami sama-sama menuntut di Kolej Islam Klang (sekarang dikenali sebagai Kolej Islam Alam Shah Klang). Kami menjadi pelajar KIK mulai tingkatan 4 tahun 1983. Sebahagian besarnya ramai juga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti selepas SPM, dan sebahagiannya juga ada yang terus hingga tingkatan 6. Saya menuntut di sana dari tingkatan 4 hingga tingkatan 6. Kebanyakkan dari kami, lost contact selepas keluar dari KIK. Syukur dengan adanya facebook, media alam maya yang mempertemukan kami semula. Mencatat sejarah, batch kami merupakan kehdiran ahli yang paling ramai 120 orang dari kehadiran keseluruhan 1,200 orang pada malam tersebut. Bersyukur kehadrat Illahi di atas kesempatan pertemuan ini, dan tentunya terimakasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Ghani yang menaja kehadiran semua ahli batch kami.

Saya mengambil keputusan untuk menginap di hotel, untuk lebih selesa dan tidak terburu-buru; walaupun jarak rumah bukanlah jauh sangat,  (Shah Alam - Putrajaya jer). Sebelum event rasmi bermula, sempatlah beberapa akhawat datang menyinggah di bilik saya. 


HAPPY faces.... pertemuan semula selepas 30 tahun berlalu

Secara keseluruhannya program malam itu ringkas saja. Sekadar ucapan, sedikit persembahan dan makan malam. Tetapi suasana menjadi sangat meriah, faham-faham sajalah bila masing-masing bertemu setelah sekian lama terpisah memang 'havock' jadinya :)

THE PICTURES SPEAKS A THOUSAND WORDS.... sharing some photos i took that night

Sebahagian dari my ex classmate 5 Sas 3, dari kiri Dr Azhar Zailani, , Siti Rauzani, Rosilah dan Junaidah

Bersama penaja dan urusetia event untuk batch kami Ustaz Dr Halim Naam dan Ustaz Ghani
Dari kiri Zailan (Oil & Gas Johor), Zurimah (Klinik di Putrajaya), saya dan Dr. Zanaton (pensyarah di UKM)

Berdiri di belakang dari kiri bertudung gelap Dr. Sofiah (UIAM), Kalmizah (Timbalan Pendakwaraya Pahang), saya, Adibah Wahab (Pusat Zakat Selangor), Nasimah, Siti Rauzani
Duduk di hadapan dari kanan Siti Maryani, Noraini (SMK Sek 9), Rosilah (org kuat AIA insurance)
Dari kiri Dr. Ilhamie, Shaziyah & Ayu Masni

Sempat juga berposing dengan Kak Kamariah Sulaiman (1 year senior) dan Kalmizah (Timbalan Pendakwaraya Pahang)
Dari kiri Wan Noradibah (Maahad Hamidiah Kajang, Dr. Nazlina (UKM), Dr. Zanaton (UKM) dan Dr. Rusni (UIAM)
Bersama Dr Nurulhuda (owned klinik di Sg. Besar, Fatimah Ahmad dan Junaidah
Bersama Noorfaizun dan Siti Aminah
Santai di bilik dari kiri Kak Zuriah (guru di Bangi), Siti Aminah (guru di Sabah), Dr Razmin (pakar patalogi HKL) dan Dr Hadariah (pensyarah UiTM)


Petang sebelum majlis makan malam, sempat juga gurlz2 bersantai minum petang dengan pavlova istimewa Dr Hadariah
Semoga pertemuan ini akan terus disusuli dengan pertemuan2 akan datang sebagai menjalin dan mengerat kembali sillaturahim di zaman persekolahan. Seronok melihat sahabat-sahabat yang telah berjaya di dalam karier dan kehidupan masing-masing. 

Daripada Ibn Umar bahwa Rasulullah S. A. W bersabda, " Seorang Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak menggelakkan diri daripada menolongnya sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kaiamat". (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Monday, 21 April 2014

JUS UNTUK KESEGARAN BADAN

Kesibukan urusan dan aktiviti harian, adakalanya menyebabkan kita terlupa untuk mengambil makanan yang seimbang dan punyai cukup rehat serta tidur yang lena. Ialahh.. kalau dikirakan 24 jam tak cukup rasanya untuk melaksanakan segala urusan rumahtangga, kerjaya, suami dan anak-anak. Itu belum lagi dimasukkan sekali dalam jadual kehidupan bersosial dengan sahabat handai dan sanak saudara.

Tidak dinafikan, dalam sibuk-sibuk begini tiba-tiba saja badan rasa lesu tidak bermaya. Akibatnya, pergerakan pun dan jadi slow dan yang paling tak menyeronokkan, cepat jer naik baran kalau dah selalu keletihan. He3... alahai, fokus dah lari, kerja pun jadi tak semangat.

Ini rahsia saya... saya namakan jus untuk 'activate' badan yang lemau. Rasa segar dan cergas bila dah minum jus ni. Mudah dan senang serta murah saja bahan-bahannya. Jom tengok cara nak buatnya. Sambil tu saya nak kongsikan juga khasiat di sebalik setiap bahan utama jus ini.

BAHAN-BAHAN UTAMANYA:


1. 4 biji epal hijau
2. Sebatang/ dua batang serai
3. 2 biji limau kasturi
4. Segengam daun pudina
5. Gula kabung (ikut citarasa manis masing-masing)
6. 3 gelas air kosong

Bersihkan kesemua bahan di atas. Potong epal, serai. Mesin sekali epal, serai dan daun pudina, gula dengan air. Kemudian perahkan limau kasturi dan tapis air berkenaan.

DONE!!! my energy booster juice.

Saya percaya ramai pembaca di luar sana rasa semacam; EIYYYY....!!! tak lalu nak minum juis serai dengan pudina mentah-mentah tu!!!

He3... dont worry :)

Jus ni sedap. Kan ada bahan utamanya epal kat situ. rasa masam-masam manis, berangin sikit sebab ada daun pudina dan rasa serai tu... ermmm/// boleh lah. Limau kasturi buat jus ini rasa berlemak.
#Nota: kurangkan serai kalau macam takut sangat nak minum air herba ni...

Saya dulu pun allergik dengan minuman herba ni. Ialah. minum mentah-mentah kan bahan tu. Nak gigit pun tak lalu rasanya. Tapi mengenangkan khasiatnya yang sangat banyak/baik untuk tubuh badan, rasa rugi kalau tidak menikmatinya. So tolak ketepi rasa EIYYYY....!!! dan mulalah saya me'reka' untuk menjadikannya gabungan jus yang lazat.

Jus ini juga kalau diamalkan; bagus untuk membuang angin di dalam badan, mengurangkan tahap kolestrol dan membuatkan mulut dan badan berbau harum. Jom kita lihat khasiat bahan utamanya:

EPAL HIJAU:

  • Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
  • Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
  • Baik untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, ianya dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

KHASIAT SERAI
  • Minuman serai sangat mujarab untuk merawat angin dalam perut. 
  • Mampu melegakan kembung perut dengan memudahkan pembuangan angin dalam badan. 
  • Serai juga memberi kesan positif kepada yang ingin mengurangkan berat badan. 
  • Selain itu jus serai mampu menurunkan lebihan kolestrol seseorang 
  • Dapat mengawal pembinaan selulit di badan
  • Serai sangat sesuai dijadikan minuman untuk orang yang mengalami Artritis 

KHASIAT DAUN PUDINA
  • Membantu saluran pencernaan. Jika terkena cirit birit atau sakit perut boleh ambil jus pudina untuk rawatan
  • Membantu bertindak menjadi penyejuk kepada kulit + membantu dalam masalah kegatalan kulit
  • Membantu mengurangkan sindrom usus + membersihkan perut + menghilangkan masalah kulit seperti jerawat 
  • Membantu dalam menghapuskan toksin dari badan
  • boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.
  • Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. 
  • Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. 
  • Boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.


KHASIAT LIMAU KASTURI
  • Mampu menambahkan keenakan rasa pada sesetengah masakan dan minuman.  
  • Boleh merawat batuk, demam panas, keletihan, selsema dan sakit kerongkong. 
  • Berkesan bagi menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Jus limau kasturi mengandungi Floretin-G iaitu bahan antioksidan semulajadi yang amat baik untuk kesihatan badan. 
  • Ia juga mengandungi vitexsin, yang menjadi salah satu bahan untuk merawat dan mencegah penyakit darah tinggi dan jantung.
Pengalaman saya, yang pasti badan terasa segar selepas meminum jus ini. Cuma harus saya peringatkan, serai agak panas dan memberi kesan yang sangat lawas pembuangan najis. Jadi boleh lah dikurangkan kuantitinya kalau tak tahan/ menggunakan teknik serai diketuk dan direndam lama dalam jus agar meresap (tidak perlu dimesin sekali).

Selamat mencuba!!!

Sunday, 2 February 2014

KEK MARBLE YANG SUPER MOIST!!!


Sambil melayari internet, ternampaklah resepi kek marble versi ini. Sebelum ini memang dah selalu membuat kek marble menggunakan resepi sebelum ini. Kebetulan hujung minggu lalu sempena cuti Tahun Baru Cina saya mengambil kesempatan untuk mencuba resepi baru ni. Boleh lah dibawa balik ke kampung sambil menjenguk abah dan emak. No bad... lembut dan gebu hasilnya. Jom kita layari cara-caranya.

BAHAN-BAHAN & CARA MEMBUATNYA:

Bahan A:
1. 125 grams gula castor
2. 5 biji (telur putih)

Diputar sehingga ringan dan gebu serta warnanya sedikit keputihan

Bahan B:
1. 250 grms butter
2. 5 biji (telur kuning)

Diputar sehingga gebu serta warnanya sedikit keputihan.

#masukkan bahan A kedalam bahan B sedikit demi sedikit dan gaul dengan spatula.

Bahan C:
1. 2 tsp vanilla esen
Masukkan ke dalam adunan di atas yang telah gebu

Bahan D:
1. 120 grams tepung serbaguna
2. 1 tsp baking powder

Diayak dan digaul rata. Masukkankan sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang telah di gebu dan gaul perlahan-lahan.

Bahan D :

1. 125 grams dark choc (cairkan menggunakan kaedah double boiler) 
2. 125 grams white choc (cairkan spt kaedah di atas)

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan dark choc dan satu lagi adunan dicampurkan dengan white choc. Masukkan ke dalam adunan secara berselang seli. dan sedia untuk di bakar selama 45 min dengan suhu 170C.

Teksturnya yang lembab, halus dan gebu :)

Untuk makluman, semasa kek dibakar, huuuuuuhhhh... baunya sangat mengancam. Aduyai... sedapnya.... apatah lagi dimakan panas-panas sebaik saja keluar dari oven. ERMMMMM.... 

CUBALAHHH!!!!


Wednesday, 29 January 2014

BIRTHDAY CAKE FOR LITTLE PRINCESS NUNU

Assalamualaikum.....

N3 kali ini nak buat coretan sikit tentang kek birthday Nunu. Birthday sebenar gadis cilik Nunu adalah pada 15 Jan 2014. Pejam celik..pejam celik ... dah 7 tahun umur anak gadis cik Ila ini.


SELAMAT HARI LAHIR KE-7 NUNU!!. Auntie Ros doakan semoga menjadi anak yang solehah, dan menjadi kebanggaan serta kebahagiaan buat kedua ibubapa Nunu. Alhamdulillah sempat juga saya menyiapkan kek red velvet yang di tempah oleh ibu kesayangan Nunu. Mujurlah ibu Nunu tetap mahukan saya membuat kek untuknya, walaupun telah saya maklumkan awal keterlewatan untuk menyiapkan tempahan tepat pada waktunya. Terimakasih Ila, kerana mempercayai air tangan saya.



TQSM untie Roslizah Arshad...! Sangat sedap red velvet cake yg untie wat, kakak suka;)

#Belated besdaY anak dara
 — with Fuad Salleh.
TQVM ila. Terharu baca komen ila di facebook. 
Saya dimaklumkan oleh Ila; masa ambil Nunu dari rumah babysitternya dia agak moody (adalah perkara yang meruntun hati dia agaknya :(.
Tiba-tiba masuk saja ke kereta, dia tiba-tiba ceria bila ternampak kek yang dibawa oleh ibunya. And she's HAPPYY...alhamdulillah!!

Jom layari resepi kek red velvet di atas:

BAHAN-BAHAN :

1. 2 cawan tepung serbaguna
2. 1 tsp baking soda
3. 1 tsp baking powder
4. 1 tsp garam
5. 1 tsb serbuk koko
6. 2 cawan gula castor
7. 1 cawan minyak sayuran
8. 2 biji telur
9. 1 cawan buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sb cuka)
10.2 tsp vanilla esen
11.2 sb pewarna merah
12.1 tsp cuka
13. 1/2 cawan hot coffee/nescafe

CARA-CARA:

Panaskan oven 170C. Sediakan loyang bersaiz 8 " yang telah disapu butter.


Satukan bahan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam; ketepikan.

Sediakan satu bekas lain. Putar dengan kelajuan sederhana gula + minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, pewarna dan esen vanilla. Putar sehingga sebati. 

Masukkan hot coffee dan cuka; putar.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul perlahan-lahan menggunkan spatula sehingga adunan sebati. Masukkan ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45-60 minit dengan suhu 170C.

Apabila telah masak, letakkan di atas dawai relai. Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum proses mendeko dilakukan.


CREAM CHEESE ISING:
1. 250 grams cream cheese
2. 125 grams buttercup
3. 200 grams gula ising
4. 2 sudu besar krimwell (untuk memudahkan proses mendeko)

# Kesemua bahan di atas diputar sehingga ringan dan fluppy

Sedia untuk mendeko :)

Salam sayang untuk Nunu...



Friday, 24 January 2014

CHOCOLATE CAKE : YANG SANGAT MOIST DAN HEAVENN..


Assalamualikum dan salam Jumaat yang penuh barakah buat semua mulimin dan muslimat.

Syukur alhamdulillah, hari ini saya diberi peluang untuk mengadakan majlis makan-makan untuk semua staff di bahagian saya. Masih teringat-ingat lagi menu tadi, nasi jagung berlaukkan daging dendeng, dalca kari tulang lembu dan ayam masak merah banjar. Alahai.... sampai terlupa nak snap gambar menu yang lazat tadi. Masakanti sebenarnya  disediakan oleh salah seorang kerani saya Anies (atas permintaan saya & dimasak sendiri oleh ayah beliau). Sebagai boss, saya keluarkan wangnya saja. Wahhh... memang sedap!!!. Bertambah-tambah saya makan.

Sesetengah orang suka mengajak staff mereka makan-makan di luar. Tapi tidak pula saya, sebab saya merasakan lebih meriah makan-makan di pejabat dengan masakan yang dibawa dari rumah. Sudah pasti yakin dengan kesegaran dan kebersihannya. Lagi pun tak perlu meninggalkan pejabat, dan semua staff akan ada bersama.

Malam sebelumnya. sempat juga saya menyediakan sebiji kek choc moist untuk jamuan ini. Ini memang kek choc TERBAIK yang pernah saya cuba. Sangat moist, gebu dan lembab. Ermmmm....


BAHAN-BAHAN UNTUK KEK:
Resepi asal : http//www.bestmoistchocolatecakerecepi.com/
Sumber rujukan: AzieKitchen

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula castor
3/4 cawan serbuk koko
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur saiz A
1 cawan buttermilk (saya sediakan sendiri)
1 cawan vege oil
2 tsp vanilla esen
1 cawan air mendidih (wajib letak coffee/nescafe)

CARA MEMBUAT BUTTERMILK:

1 cawan susu segar
1 sb cuka
Masukkan cuka ke dalam susu dan gaul sebati

CARA MEMBUAT KEK :

1. Panaskan oven pada suhu 170 C.
2. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan tabur rata dengan tepung gandum ( saya gunakan loyang bersaiz 7 "
3. Satukan semua bahan di atas KECUALI AIR MENDIDIH ke dalam mixing bowl dan putar dengan kelajuan sederhana kira-kira 10 minit.
4. Akhir sekali masukkan air kopi/nescafe panas tadi dan di kaup perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang pembakar dan sedia untuk dibakar

# UNTUK HASIL KEK YANG CANTIK DAN GEBU; masa membakar yang saya perlukan adalah 1 jam. 40 minit pertama menggunakan suhu 170 C dan bakinya 20 minit dengan suhu 150 C

Inilah hasilnya, tekstur yang halus, sangat gebu dan lembab..



Selepas kek siap dibakar, biarkan sehingga betul-betul sejuk. Saya potong kek kepada 2 bahagian dan lapiskan dengan cream cheese. Kemudian saya salut keseluruhan kek dengan cream cheese; dan biarkan sejuk semalaman di dalam peti ais. Jom tengok cara-cara menghasilkan cream cheese yang mudah dan sedap.

BAHAN MEMBUAT CREAM CHEESE:

1. 250 gram cream cheese Philadelphia
2. 125 gram buttercup
3. 200 gram gula icing yang telah diayak

Caranya:
Satukan kesemua bahan dan diputar sehingga ringan dan gebu.
#Siap dan sedia untuk dijadikan topping kek

Keesokkan harinya, seawal pagi lagi saya sudah memulakan projek kek ini. Mula-mula masakkan dulu chocolate ganache (resepi di bawah). Letakkan kek di atas dawai relai, dan curahkan choc ganache yang masih panas terus ke atas kek dan ratakan....

CARA MEMBUAT CHOCOLATE GANACHE:

1. 150 ml whipping cream (jenama Rish's)
2. 500 grm choc compound bittersweet Berly's
3. 1 sudu besar butter cup

Cara-cara:
1. Panaskan whipping cream secara double boil kira-kira 5 minit sambil dikacau
2. Masukkan chocolate coumpoud + buttercup . Kacau hingga likat dan berkilat
# Sedia untuk dicurahkan ke atas kek

Untuk hiasannya saya gunakan cream cheese saya yang masih berbaki dan diwarnakan serta di lakar ke atas kek mengikut kreativiti. Alhamdulillah inilah hasilnya, kek chocalate haven saya...


The longer i live
the more beautiful
life becomes.
If you foolishly ignore beauty,
you will soon find yourself without it