Wednesday, 18 December 2013

KEK BATIK CHEESE YANG CRUNCHY FAVORITE KAMI!!!

Assalamulaikumm... salam sejahtera. Moga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat kasih Illahi selamanya.. aminnnn.

Hari ini saya nak kongsikan resepi mudah yang sentiasa jadi kegemaran anak-anak. Dari Ili hinggalh ke Izzat, ke empat-empat anak saya amat mengemari kek ringkas ini. Kalau cuti sekolah, buat satu adunan, sekejap jer dah LICIN!!!!


Sekali dua sayalah yang ke dapur menyediakannya. Sekarang Cik Ili saya sudah pun mahir membuatnya. Ringkas, mudah dan sekejap jer dah DONE!!! 15 minutes preparations time...

BAHAN-BAHANNYA:

250 grms buttercup
220 grms MILO
30   grms serbuk koko Harsley's
450 grms biskut cheese crackers Julies's
3/4 tin susu pekat

CARA-CARANYA ;

1. Panaskan kuali.
2. Masukkan buttercup dan kacau hingga buttercup    cair
3. Masukkan susu dan serbuk koko dan kacau   dengan cepat tetap perlahan (supaya adunan tidak berketul) 
4. Kacau adunan sampai likat (lenguh sikitlah tangan sebab ala-ala kacau dodol gitu.!!.) 
5. Perlahankan api, masukkan biskut sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga semua biskut habis
6. Gaul rata. matikan api
7. Masukkan ke dalam bekas yang telah dialas dengan kertas minyak terlebih dahulu, dan ditekan agar rata
8. Sejukkan, seeloknya semalaman/4 jam di dalam peti sejuk. 

TARAAAA...!!! Adunan telah sedia dipotong.. Cantik kan macam corak batik, eksklusif with colour combination dark brown and gold. Apa yang membezakan kek batik saya ini dengan yang lain-lain ya????

Penggunaan biskut cheese crackers membuat kek batik ini sedikit crunchy. Ada pula rasa coklat mewah Harsley's dan MILO tu....

Ermmmm...SEDAP SANGAT. 
Kalau nak tahu kenalah cubalah resepi mudah ini.


BISMILLAHIR RAHMANNIR RAHIM.... jom makan.
 Sedap sebagai kudapan semasa menonton TV atau bila-bila masa saja. Memang jadi kegemaran kanak-kanak.


Tuesday, 12 November 2013

JUS UNTUK DIET

Hari ini saya nak kongsikan jus nenas yang jadi kegemaran saya & family. Selalu saya sediakan sebagai minuman waktu makan malam. Keesokan harinya, ermmm.. perut rasa lega kerana ternyata nenas work for stomach cleanser.

Di bawah ini bahan-bahannya:

1. Nenas yang telah dikupas dan buang 'matanya'
2. Buah jambu (boleh guna jambu batu berbiji @ tidak berbiji)
3. 1 batang sayur saderi
4. Sedikit gula (ikut citarasa)


Mesinkan kesemua bahan di atas sekali, dan ditapis.

INILAH DIA HASILNYA dan siap untuk diminum... ERMMmm.. sangat menyegarkan dan sedapppp!!!



KHASIAT NENAS:
  • Kaya dengan vitamin C, B1 dan B2, B3, B5 dan B6, magnesium, beta-carotene, folic asid dan diet fiber
  • Kaya dengan bromelain iaitu sejenis enzime yang yang membantu untuk menyeimbangkan kandungan asid dan alkali di dalam badan ; sekaligus membantu memudahkan penghadaman
  • Mengurangkan keradangan perut dan menghilangkan rasa mual
  • Baik untuk sakit tekak, pesakit gout, penyembuhan pembedahan, luka, rhematoid arthitis, dan ostearthitis.
NOTA: Bagus diminum selepas makan berat (heavy meal)

KHASIAT GUAVA:

  • Kaya dengan kandungan vitamin C dan vitamin A (sebenarnya sebiji guava mengandungi 4x vitamin C dari sebiji oren dan 10x vitamin A dari lemon)
  • Kaya dengan sumber fiber, vitamin B2 dan E, kalsium, folate, zat besi, phosphorus dan potassium
  • Sebagai sumber antioksidan bagi menggelakkan cancer
  • Mengurangkan 'bad cholestrol' (LDL) dan meningkatkan kadar 'good cholestrol' (HDL)
  • Memudahkan proses penghadaman
  • Menyihatkan fungsi hati
  • Meningkatkan kualiti penglihatan, mencantikkan kulit, menguatkan gigi dan tulang
KHASIAT SADERI:

  • Menghapuskan parasit perut
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan 
  • Mengatasi masalah buah pinggang, batu karang dan anti kanser
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Memberi tenaga dan menurunkan hormon tekanan (stress)
  • Baik untuk penjagaan kulit, kuku dan rambut

NOTA : Cuma ianya memberi kesan dingin pada badan. Khusus untuk wanita, jangan ambil terlalu banyak


CUBALAHH... dan rasakan keenakkannya..







Thursday, 17 October 2013

Happy Birthday My dearest Izzat Nabil



Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran My Izzat Nabil Al Haziq yang ke-10. SELAMAT ULANGTAHUN anak umi. Umi doakan agar Izzat menjadi anak yang soleh, berjaya hidup di dunia dan akhirat. Semoga Nur Allah serta hidayah Nya sentiasa menerangi hati nurani anak umi sepanjang perjalanan hidup.Saya juga ingatkan pada Izzat, bahawa dia makin dewasa, mesti tambah untuk selalu buat baik dan tidak tinggal solat harian.


Tiada sambutan hari lahir Izzat seperti tahun sebelum kebiasaannya, sebab tahun ini ulangtahunnya jatuh ketika peperiksaan akhir tahun sedang dijalankan. Apapun, saya sangat bersyukur, Izzat anak yang sangat baik, memahami dan mengikut kata. Dia faham, sebab uminya juga sibuk tak dapat  nak luangkan masa semasa hari lahir, but we do celebrate di hujung minggu bersama. Simple request from him, " Abil nak beli LEGO saja".


Syukur sempat juga saya menyiapkan red velvet kek untuk dibawa ke sekolah selepas peperiksaan sebagai "belated birthday celebration" Izzat. Dan sedikit ole-ole buat teman-temannya.

My Izzat dengan sebahagian dari koleksi photonya:
With sister Ili, hari pertama Izzat mula pandai meniarap

Izzat wearing his first shoes, dah mula pandai berjalan..
2 years old

2 years old with siblings, My Ili, My Iqbal, My Idham.


3 years old

 4 years old

5 years old

-With LOVE from Umi-



Monday, 23 September 2013

TEH UNTUK KESIHATAN : DIY

Assalamualaikum dan salam sejahtera. doa buat pelawat saya, moga kalian dilindungi dan sentiasa di bawah lembayung rahmatNya.

Hari ini saya nak kongsikan bersama teh buatan sendiri. Tak semestinya menggunakan daun teh, bahan apa yang ada di dapur pun kita boleh mendapatkan minuman teh yang berkhasiat.


BAHAN-BAHAN:
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 4 batang serai
  • 3 inci halia tua
  • 1.5 liter air
  • 3 sudu besar madu asli

CARANYA:

Kesemua bahan dicuci bersih. Potong halus-halus dan rebus dengan api perlahan hingga air tinggal separuh dari kuantiti asal. Tapis dan masukkan madu, kacau dan SIAP untuk diminum!!

Believe me... teh ini sangat menyegarkan. Minuman yang sedap dan memberi tenaga. I LIKEEE!!!

Dan yang paling PENTING, saya suka mencuba membuat minuman yang banyak khasiatnya. Antaranya:

BUNGA KANTAN:
  • Mengharumkan badan terutama wanita lepas bersalin @ lepas haid
  • Penambah selera 
  • Penguat tenaga utk lelaki
  • Menghilangkan lendir dan kahak
  • Pembasuh luka (air rebusannya)
SERAI :
  • Merangsang perjalanan darah dan merendahkan tekanan darah
  • Merendahkan paras kolestrol LDL (jahat) dalam darah
  • Anti kanser
  • Merawat demam, batuk, selsema, bronkitis
  • Membantu fungsi buah pinggang, mempercepatkan proses detox
  • Meningkatkan sistem imunisasi

HALIA:

  • Membuang angin
  • Menghilangkan bengkak dan luka kecil
  • Membantu sistem penghadaman
  • Menghilangkan bau mulut yang tidak enak
  • Memberi kehangatan pada tubuh
  • Membakar lemak
  • Memberi tenaga

Tak rugi mencuba....
MARI AMALKAN; SEMOGA KITA SAMA-SAMA DAPAT MANFAATNYA




Thursday, 19 September 2013

WANITA ITU...

ASSALAMUALAIKUM &
 GOOD MORNING!!!
Sementara menunggu van sekolahnya sampai, Umi & Izzat sempat lagi posing :)
Hari ini sekadar perkongsian satu sms yang saya terima dari sahabat saya Falakh (geng Mahaad Hamidiah), untuk dikongsikan bersama semua insan bergelar wanita:

Mengapa WANITA sering menangis?

Jawab Tuhan :

Kerana WANITA itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa
  • KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya
  • KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman
  • KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia
  • KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah
  • KU beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang disayangi

Sampaikan pada WANITA yang kamu sayangi...

Khabarkan juga pada lelaki agar mereka menghargai WANITA dan agar tahu bahawa WANITA ciptaan Tuhan yang istimewa...

SALAM SAYANG SAYA BUAT SEMUA INSAN BERGELAR WANITA!!!



Tuesday, 6 August 2013

SDII COOKIES ; BISKUT DIET

Satu ketika dulu, bila badan dah mula mengembang, risaunyerrr.. Macam-macam cara saya cuba buat, pelbagai ubatan kononnya untuk diet saya mencuba. Antaranya susu SDII yang popular di pasaran. Sempatlah juga saya jadi pengamal SDII selama 6 bulan. Tidak dinafikan, berat badan turun +- 5kg. Tapi lepas tu, dah tak boleh telan susu ni lagi, tiap kali nak minum rasa mual dan nak muntah. Sori yer kepada dealer-dealer SDII, no means to down ur biz, cuma dengan saya kott.. tak boleh minum berpanjangan. Lagi satu, dah tekak Melayu, tak boleh tak makan nasi agaknya (he3... pengamal SDII tak ambil kabohidrat). So end up, terabailah stok yang ada di rumah. Daripada membazir, saya cuba olahnya untuk jadi cookies sempena Aidilfitri ini.

Resepi saya ambil dari blog Yatie, Sinar Kehidupanku; biskut susu arab. Mohon izin menggunakan resepi itu. So instead of guna susu nespray, saya guna stok susu yang ada agar tidak membazir.

Jomm... tengok caranya. Yang penting, bahannya simple, cara yang mudah & senang nak membuatnya.


My Testimonial:

  1. Biskut kegemaran My Ili 
  2. Rasa yang sedap, lemak-lemak, manisnya sedang-sedang aje dan mencair di dalam mulut
  3. Coklat M&M, memberi rasa mewah pada biskut ini
  4. Cookies yang dihias dengan coklat M&M tidak boleh dibakar lama, kerana coklat boleh retak (seperti gambar, M&M yang berwarna oren tu)
  5. Sesuai untuk orang yang diet ??? (sebab ada SDII :) tapi.. minyak sapi tuuuu...alahai hilang diet kutt!!!)

Here..., the actual photo of the cookies. Macam comot sikit, tapi SEDAPP...

Sunday, 4 August 2013

CHEESE TART COOKIES YANG SEDAPPP!!

Salam kebahagian buat semua, semoga dalam rahmatNya juga kehidupan kita hari ini dan selamanya. Hari ini keadaaan di ofis agak lengang, ramai staff yang ada tugas di luar. Salah seoarang staf wanita saya  mengajukan resepi Pineapple Cheese Tart yang diambil dari facebook sepupunya Anida Azmi kepada saya; " cubalah puan, sedap sangat tart ni, walaupun ada cheese tapi tak muak", katanya.

Sharing is Caring, TQ Erin.


Bahan2 untuk membuat dohnya:

250 gm buttercup (suhu bilik)
2 sudu besar cream cheese (saya guna brand Phildelpia)
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
secubit garam
1 biji kuning telur
300 gm tepung gandum (ikut lembut)
Cara2nya:

Pukul butter dengan cream cheese sehingga sebati, masukkan kuning telur bersama garam, masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Kacau rata, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati. Adunan tidak boleh terlalu lembik nanti sukar dibentuk. Kalau terlalu keras, merekah bila dibakar. Teraplah dengan acuan pilihan.

BAHAN-BAHAN & CARA BUAT JEM NENAS:

2 biji epal yang diparut (tuskan dan ambil seratnya)
1 sudu besar cheese tart (kalau tak nak letak pun tak per, kalau letak lagi sedap
2 biji kunig telur dikacau sebati dan campurkan sedikit pewarna kuning untuk disapu atas jem kelak sebelum membakarnya.

Nota: cara paling mudah beli saja jem nenas yang siap dipaket dari Bake from Yen. 1 kg pun ada berlebih; bakinya masih boleh disimpan untuk next bake. Saya gunakan jem blueberry yang instant juga (yang berwarna purple gelap)

CARA MENGOLAHNYA:

1. Jem nenas dibulat-bulatkan terlebih dahulu.
2. Terap adunan doh dengan acuan pilihan
3. Letakkan jem nenas di atasnya
4. Bakar 25 hingga 30 minit dengan suhu 180C dengan 
    api atas bawah
BAHAN ISING UNTUK LAKARAN PULA:
2/3 cawan tepung meringue
1/4 cawan air suam (50% degree)
1 sudu besar jus lemon

CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul tepung meringue dengan kadar paling perlahan selama 2 minit
2. Masukkan air dan jus lemon sedikit demi sedikit sambil diputar lagi sehingga likat. (kadar kepekatan terpulang kepada individu: kalau likat sangat susah nak diterap, kalau terlampau cair pula adunan akan kembang bila diterap kelak)


Testimonial:

1. Saya puas hati dengan rupa bentuk tart ini, comel dan cantik
2. Kemanisannya, just NICEEE...., doh tak manis, tapi rasa manis cover dengan jem dan ising tu
3. Antara jem blueberry dan nenas, i prefer blueberry kuttt...contrast in colour and my TASTE!!
4. Doh agak lembut dan rapuh, so bila dah siap dimasak, kena dialas bagi setiap lapis supaya biskut tak  melekat. (untuk mengelakkan doh rapuh, boleh juga tidak menggunakan tepung jagung dan kastard dalam adunan doh asal)

HASILNYA... alhamdulillah inilah hasil tangan anak kedua saya Iqbal Naqib yang membantu saya menerap doh dengan acuan. Bolehlah kannnn...,walaupun kurang kemas; yang penting rasanya memang URMMMMHH...