Monday, 23 September 2013

TEH UNTUK KESIHATAN : DIY

Assalamualaikum dan salam sejahtera. doa buat pelawat saya, moga kalian dilindungi dan sentiasa di bawah lembayung rahmatNya.

Hari ini saya nak kongsikan bersama teh buatan sendiri. Tak semestinya menggunakan daun teh, bahan apa yang ada di dapur pun kita boleh mendapatkan minuman teh yang berkhasiat.


BAHAN-BAHAN:
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 4 batang serai
  • 3 inci halia tua
  • 1.5 liter air
  • 3 sudu besar madu asli

CARANYA:

Kesemua bahan dicuci bersih. Potong halus-halus dan rebus dengan api perlahan hingga air tinggal separuh dari kuantiti asal. Tapis dan masukkan madu, kacau dan SIAP untuk diminum!!

Believe me... teh ini sangat menyegarkan. Minuman yang sedap dan memberi tenaga. I LIKEEE!!!

Dan yang paling PENTING, saya suka mencuba membuat minuman yang banyak khasiatnya. Antaranya:

BUNGA KANTAN:
  • Mengharumkan badan terutama wanita lepas bersalin @ lepas haid
  • Penambah selera 
  • Penguat tenaga utk lelaki
  • Menghilangkan lendir dan kahak
  • Pembasuh luka (air rebusannya)
SERAI :
  • Merangsang perjalanan darah dan merendahkan tekanan darah
  • Merendahkan paras kolestrol LDL (jahat) dalam darah
  • Anti kanser
  • Merawat demam, batuk, selsema, bronkitis
  • Membantu fungsi buah pinggang, mempercepatkan proses detox
  • Meningkatkan sistem imunisasi

HALIA:

  • Membuang angin
  • Menghilangkan bengkak dan luka kecil
  • Membantu sistem penghadaman
  • Menghilangkan bau mulut yang tidak enak
  • Memberi kehangatan pada tubuh
  • Membakar lemak
  • Memberi tenaga

Tak rugi mencuba....
MARI AMALKAN; SEMOGA KITA SAMA-SAMA DAPAT MANFAATNYA




Thursday, 19 September 2013

WANITA ITU...

ASSALAMUALAIKUM &
 GOOD MORNING!!!
Sementara menunggu van sekolahnya sampai, Umi & Izzat sempat lagi posing :)
Hari ini sekadar perkongsian satu sms yang saya terima dari sahabat saya Falakh (geng Mahaad Hamidiah), untuk dikongsikan bersama semua insan bergelar wanita:

Mengapa WANITA sering menangis?

Jawab Tuhan :

Kerana WANITA itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa
  • KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya
  • KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman
  • KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia
  • KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah
  • KU beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang disayangi

Sampaikan pada WANITA yang kamu sayangi...

Khabarkan juga pada lelaki agar mereka menghargai WANITA dan agar tahu bahawa WANITA ciptaan Tuhan yang istimewa...

SALAM SAYANG SAYA BUAT SEMUA INSAN BERGELAR WANITA!!!



Tuesday, 6 August 2013

SDII COOKIES ; BISKUT DIET

Satu ketika dulu, bila badan dah mula mengembang, risaunyerrr.. Macam-macam cara saya cuba buat, pelbagai ubatan kononnya untuk diet saya mencuba. Antaranya susu SDII yang popular di pasaran. Sempatlah juga saya jadi pengamal SDII selama 6 bulan. Tidak dinafikan, berat badan turun +- 5kg. Tapi lepas tu, dah tak boleh telan susu ni lagi, tiap kali nak minum rasa mual dan nak muntah. Sori yer kepada dealer-dealer SDII, no means to down ur biz, cuma dengan saya kott.. tak boleh minum berpanjangan. Lagi satu, dah tekak Melayu, tak boleh tak makan nasi agaknya (he3... pengamal SDII tak ambil kabohidrat). So end up, terabailah stok yang ada di rumah. Daripada membazir, saya cuba olahnya untuk jadi cookies sempena Aidilfitri ini.

Resepi saya ambil dari blog Yatie, Sinar Kehidupanku; biskut susu arab. Mohon izin menggunakan resepi itu. So instead of guna susu nespray, saya guna stok susu yang ada agar tidak membazir.

Jomm... tengok caranya. Yang penting, bahannya simple, cara yang mudah & senang nak membuatnya.


My Testimonial:

  1. Biskut kegemaran My Ili 
  2. Rasa yang sedap, lemak-lemak, manisnya sedang-sedang aje dan mencair di dalam mulut
  3. Coklat M&M, memberi rasa mewah pada biskut ini
  4. Cookies yang dihias dengan coklat M&M tidak boleh dibakar lama, kerana coklat boleh retak (seperti gambar, M&M yang berwarna oren tu)
  5. Sesuai untuk orang yang diet ??? (sebab ada SDII :) tapi.. minyak sapi tuuuu...alahai hilang diet kutt!!!)

Here..., the actual photo of the cookies. Macam comot sikit, tapi SEDAPP...

Sunday, 4 August 2013

CHEESE TART COOKIES YANG SEDAPPP!!

Salam kebahagian buat semua, semoga dalam rahmatNya juga kehidupan kita hari ini dan selamanya. Hari ini keadaaan di ofis agak lengang, ramai staff yang ada tugas di luar. Salah seoarang staf wanita saya  mengajukan resepi Pineapple Cheese Tart yang diambil dari facebook sepupunya Anida Azmi kepada saya; " cubalah puan, sedap sangat tart ni, walaupun ada cheese tapi tak muak", katanya.

Sharing is Caring, TQ Erin.


Bahan2 untuk membuat dohnya:

250 gm buttercup (suhu bilik)
2 sudu besar cream cheese (saya guna brand Phildelpia)
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
secubit garam
1 biji kuning telur
300 gm tepung gandum (ikut lembut)
Cara2nya:

Pukul butter dengan cream cheese sehingga sebati, masukkan kuning telur bersama garam, masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Kacau rata, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati. Adunan tidak boleh terlalu lembik nanti sukar dibentuk. Kalau terlalu keras, merekah bila dibakar. Teraplah dengan acuan pilihan.

BAHAN-BAHAN & CARA BUAT JEM NENAS:

2 biji epal yang diparut (tuskan dan ambil seratnya)
1 sudu besar cheese tart (kalau tak nak letak pun tak per, kalau letak lagi sedap
2 biji kunig telur dikacau sebati dan campurkan sedikit pewarna kuning untuk disapu atas jem kelak sebelum membakarnya.

Nota: cara paling mudah beli saja jem nenas yang siap dipaket dari Bake from Yen. 1 kg pun ada berlebih; bakinya masih boleh disimpan untuk next bake. Saya gunakan jem blueberry yang instant juga (yang berwarna purple gelap)

CARA MENGOLAHNYA:

1. Jem nenas dibulat-bulatkan terlebih dahulu.
2. Terap adunan doh dengan acuan pilihan
3. Letakkan jem nenas di atasnya
4. Bakar 25 hingga 30 minit dengan suhu 180C dengan 
    api atas bawah
BAHAN ISING UNTUK LAKARAN PULA:
2/3 cawan tepung meringue
1/4 cawan air suam (50% degree)
1 sudu besar jus lemon

CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul tepung meringue dengan kadar paling perlahan selama 2 minit
2. Masukkan air dan jus lemon sedikit demi sedikit sambil diputar lagi sehingga likat. (kadar kepekatan terpulang kepada individu: kalau likat sangat susah nak diterap, kalau terlampau cair pula adunan akan kembang bila diterap kelak)


Testimonial:

1. Saya puas hati dengan rupa bentuk tart ini, comel dan cantik
2. Kemanisannya, just NICEEE...., doh tak manis, tapi rasa manis cover dengan jem dan ising tu
3. Antara jem blueberry dan nenas, i prefer blueberry kuttt...contrast in colour and my TASTE!!
4. Doh agak lembut dan rapuh, so bila dah siap dimasak, kena dialas bagi setiap lapis supaya biskut tak  melekat. (untuk mengelakkan doh rapuh, boleh juga tidak menggunakan tepung jagung dan kastard dalam adunan doh asal)

HASILNYA... alhamdulillah inilah hasil tangan anak kedua saya Iqbal Naqib yang membantu saya menerap doh dengan acuan. Bolehlah kannnn...,walaupun kurang kemas; yang penting rasanya memang URMMMMHH...


Saturday, 3 August 2013

BISKUT RAYA : NUTTELLA COOKIES...



Tahun ini saya berazam untuk membuat sendiri cookies untuk sempena menjelang aidilfitri.Walaupun  tinggal 5 hari sahaja lagi, saya kira belum terlambat untuk memulakan projek membaking biskut. Orang tertanya2 juga pada saya, ada ke masa nak buat, kat luar banyak biskut yang canggih2 ada dijual, tak penat ke.... anad so on...so on soalan yang keluar. 

Saya juga punya pendapat yang begitu satu ketika dulu, senang dengan 'kuih tujnuk', tak penat dan macam-macam pilihan ada. Apalagi dengan kerja harian yang menuntut waktu yang sangat panjang. 

Tapi tidak untuk kali ini, Sengaja saya mengambil cuti awal supaya saya punya waktu untuk ber'eksperimen' sendiri hasil air tangan sempena syawal tahun ini. Yang lebih utama, saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk bersama-sama dengan anak menyiapkan projek cookies pilihan mereka. Setiap anak saya beri kebebasan untuk membuat biskut pilihan mereka. They have to get the recipes, then maklum pada saya. Of course, uminya kena membelikan bahan-bahannya. 

Ianya adalah sangat-sangat indah yang akan saya kenang sepanjang hayat kelak. Inilah masanya untuk saya mengajar anak-anak samada lelaki atau perempuan bagaimana memngenali bahan-bahan cookies, menyukat bahan-bahan, mengajak mereka shopping di kedai bahan-bahan kek. Sampai pernah salah satu pelanggan bertanya pada anak saya yang ke 3, (ketika saya melepaskan dia sendiri masuk ke kedai kek ;sementara saya menunggu di kereta), adik beli tepung ni nak buat apa? Selamba anak saya menjawab, nak buat biskut......? Mungkin pemandangan yang tidak biasa agaknya dia melihat anak bujang saya (tingkatan 2) bershopping di kedai bahan-bahan kek.


Alahai... melalut-lalut pula  bercerita di atas. sebenarnya nak berkongsi resepi membuat NUTTELA COOKIES yang sangat ringkas, sedap dan semudah ABC membuatnya. Biskut ini adalah pilihan anak kedua saya Iqbal Naqib. Dari mencari resepi, menyukat bahan dan mengulinya serta siap hendak dibakar, dialah yang membuatnya, pkokonya 'air tangan' dialah.
Sangat MUDAH, hanya dengan 4 bahan , masa penyediaan anggaran 5 minit dan membakar 8 minit, the cookies DONE!!!!.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan (150 grm) tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan (115 g) gula caster
  • 1 cawan nuttella
CARA-CARA:

1. Panaskan oven 160C. Alaskan baking tray dengan baking paper
2. Ambil adunan cookies, dan bulat2 kan dan tekakkan sedikit anggran sebesar syiling 50sen
3. Susun di atas tray dan sedia untuk dibakar.


SELAMAT MENCUBA!!!!

Sunday, 28 July 2013

OH ABAH!!... SAYA NAK KAHWIN

Sepanjang bulan Ramadhan ini, setiap hari ada saja tazkirah atau kisah-kisah lucu yang disebaliknya ada pengajaran yang saya terima dari sahabat-sahabat melalui What's App group. Hari ini saya nak kongsikan salah satu kisah yang dihantar dalam group kami pagi ini dari sahabat kami Zam. Suka baca cerita ni..

Tersebutlah al kisah perbualan antara dua beranak.
Pemuda : "Abah, saya dah buat keputusan untuk berkahwin".
Abah     : "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"
Pemuda : "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."
Abah      : "Abah bantah sekeras-kerasnya."
Pemuda : "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"
Abah      : "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum Roundabout, trafik lite yang ketiga setelah balai polis tu."
Pemuda : "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"
Abah     : "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."
Pemuda  : "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."
Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan t-shirt  ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.
Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.
Suami   : "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"
Isteri     : "Boleh. Saya isteri awak sekarang."
Suami   : "Awak pakai purdah boleh tak?"
Isteri    : "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..si YES!! , selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."
Suami : "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)
Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati kerkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih bersemi, hati bertaut.

Pemuda : "Terimakasih abah!".
Abah     : "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya Allah terus segar. Kau faham tak?".
Pemuda: " Faham abah. Anda mampu mengubahnya."
Abah    : " Salah tu. Anda mampu mendidiknya."
Pemuda dan abah ketawa bersama.

Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah. Segalanya mungkin. Dengan iman dan keyakinan tinggi pada Allah.

# Jangan cari yang sempurna di mata sahaja... insyaAllah yang teruk di mata kita pun boleh terima didikan kalau betul caranya.

BILA KESEDIHAN DATANG MELANDA

Salam Ramadhan....


Sudah hari yang ke 19 umat Islam menjalani ibadah puasa tahun ini. Cepat sungguh masa berlalu, terlalu banyak yang masih belum dapat dilakukan dalam memenuhi setiap detik waktu untuk meraih segala kebajikan yang ada di dalamnya, sayang rasanya nak meninggalkan Ramadhan ini. Sungguh benar firman Allah SWT mengenai masa: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang berpesan dengan kebaikan, berpesan dengan kebenaran dan kesabaran". Semalam yang berlalu memang tak mungkin kembali lagi.

Kebetulannya, selesai bersahur sementelah menunggu waktu subuh tiba, sempat juga saya membaca buku "PADANYA ADA HIKMAH" oleh Prof. Dr. Muhaya, seorang doktor pakar mata yang terkenal di Malaysia. Syukur pada-Mu jua diketemukan dengan pembacaan yang sangat bermanfaat dinihari ini.

Ya, terkadang hidup kita tidak pernah sunyi dengan pelbagai ujian. Ada ketika kita ketawa ada masanya pula airmata jadi teman bersama. Buku beliau banyak memaparkan kisah-kisah yang memberi ketenangan dan mengajak kita bersyukur. Antara kata-kata yang menyentuh hati dan berkebetulan di saat saya amat memerlukan dokongan sebuah kekuatan, saya catatkan di sini:



Sememang benar, kerana selagi bernama manusia, kita ada egonya. Sikap menunding jari, sering merasa diri menjadi mangsa keadaan, menyebabkan jiwa semakin lemah. Pilihannya di tangan kita sendiri, adakah mengizinkan kesedihan terus menyapa diri atau mencari kebahagiaan hakiki? So, why not be positive and HAPPY!!! Allah itu Maha Penyayang lagi Pemurah. Selagi kasihNya yang kita raih, selagi itu kita akan merasa limpahan rahmatNya. SUBHANALLAH..!!

MAHA SUCI MU YA ALLAH... kerana kesedihan itu hilang lenyap begitu saja, apabila segalanya telah diadukan pada-Mu. LET'S US BE A WINNER :)