Wednesday, 12 June 2013

BISKUT UNTUK DIET ....



  • I'm IN LOVE with this cookies.....
  • Sesuai untuk saya yang berdiet...
  • Sesuai untuk saya bawa sebagai bekalan di pejabat; yang kekadang tidak berkesempatan untuk ambil lunch..
  • Sesuai untuk saya, bila terlampau aktif saya perlu tenaga segera...
  • Sesuai untuk saya yang sejak sedikit senior ni, cepat lupa; he3..minda selalu penat kut.....
  • Sesuai untuk saya sebagai kudapan yang kekadang travelling; tapi malas nak singgah mana-mana dalam perjalanan sehingga sampai ke destinasi..
  • Selain SEDAP dan seronok tatkala mengunyahnya (sebab sangat crunchy)  
  • Cookies ini sangat baik untuk kesihatan; kerana mengandungi semua nutrisi yang kita perlukan I LIKEEE...!!!!


Bahan asas terdiri dari bijirin badam, bijan hitam , pumpkins seed.

Jom kita lihat kebaikan yang terkandung di dalammnya;

Kelebihan BADAM:
Sumber : by Diana Herington


  1. Memberi tenaga kepada minda.
  2. Mengurangkan risiko serangan jantung
  3. Mengurangkan kadar 'bad' kolestrol
  4. Melindungi kerosakan arteri darah kerana sumber 'flavonoids' pada kulit badam 
  5. Membantu pertumbuhan tulang dan gigi kerana ia mengandungi 'prosporus'
  6. Membantu menstabilkan berat badan
  7. Mengurangkan peningkatan kadar gula dan insulin selepas makan
  8. Membantu mengatasi darah gemuruh
  9. Membantu meningkatkan kadar alkali dalam badan (perlu dingatkan apabila tubuh badan kurang alkali, kita berisiko tinggi mengalami ostroporosis, kurang daya imun, kurang tenaga dan badan mudah naik).
KHASIAT BIJI BIJAN:
Sumber : http:// www.care2.com/greenliving/10-health-benefits-of-pumpkin-seeds.html#ixzz2VVqUdj9n   
  1. Kaya dengan pelbagai zat mineral seperti magnisium, zat besi, phosporus dan kalsium
  2. Zat besi membantu pertumbuhan tulang yang kuat; membantu mengatasi  ostroporosis
  3. Mengandungi kadar 'phytosterols' paling tinggi bagi mengatasi kolestrol jahat
  4. Mengingkatkan kadar vitamin E; sumber terbaik menyahkan penyakit
  5. Membantu meningkatkan keberkesanan pengambilan ubat diabetis
  6. Mengurangkan  tekanan perasaan
  7. Membantu memerangi radikal bebas, menguatkan imunisasi dan AWET MUDA
KHASIAT BIJI LABU (PUMPKINS SEED)
Sumber: http://www.care2.com/greenliving/10-health-benefirs-of-pumpkin-seeds.html#xzz2VVqUdj0n
  1. Membantu menuetralkan asid di dalam badan
  2. Membantu tidur yang nyenyak
  3. Penenang semulajadi
  4. Membantu menstabilkan kadar gula di dalam badan
  5. Tinggi kadar Omega 3s
  6. Khasiat bijirin paling baik untuk kaum lelaki...

Ermmm...manisnyer sedang-sedang saja. Sangat crunchy. 
Biskut ini dijual dengan harga agak mahal di pasaran. Ialahh kannn... bahan-bahannya pun boleh tahan mahalnya. Sebalang biskut ini yang mengandungi 20 keping dengan ukuran sekeping biskut anggaran 3" x 1.5" dijual dengan harga RM 25. Alamatnya kena bercatu bila nak makan demi pemjimatan he3...



Mine...?? i make smaller size 2" x 1.5" jer

 untuk makan di rumah dan bekalan anak-

anak bawa balik ke asrama.

Silakan.. BISMILLAH...

Insya Allah nanti saya kongsikan resepinya.





  • .  

Saturday, 8 June 2013

Fluffy Vanilla Cake with Whipped Vanilla Bean Frosting


MY FLUFFY VANILLA CAKE

Atas permintaan en. anak yang bongsu My Izzat yang teringin nak makan kek vanilla, saya mencuba resepi ini. My Izzat memang penggemar kek yang berwarna asli . Kalau kek coklat atau lain-lain memang kureenggg sikit seleranya.

Bila tengok resepi, vanila kek ini menggunakan vanilla ekstrak. Pelbagai resepi saya cuba sebelum ini menggunakan esen vanilla, tapi kecewa kerana rasa n bau vanillanya tidak menyerlah. Akhirnya dapat juga pure vanilla ekstrak. Ermmmm... kek ini memang sangat harum dan sedapnyeeerrr...rasa vanillanya memang asli. I LIKEE..!!!

Tekstur kek yang gebu dan mampat, tetapi lembut dan agak liat (tak peroi macam kek biasa)

Anggaran :
Boleh dapat dua lapis sebiji kek bulat berukuran 8".
Saya boleh dapat dua lapis kek berukuran 6" dan 2 biji kek berukuran 5 ".
Tekstur kek yang halus , lembut dan gebu serta kenyal. Memang puashati dengan hasilnya.

Ini resepi untuk kek Vanilla yang GEBUSSS:

BAHAN-BAHAN:
  • 5 biji putih telur (150 gm) pada suhu bilik
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar (237 ml) pada suhu bilik
  • 2-1/4 tsp (12 ml) ekstrak pure vanilla
  • 3 cawan (345 gm) tepung kek; di ayak
  • 2 cawan (400 gm) gula
  • 1 tsp + 1 tsp (17 gm) baking powder
  • 3/4 tsp (5 gm) garam
  • 12 tsb (170 gm) unsalted butter, dingin beku dan dipotong sama anggaran 24 pieces
  • sedikit/secubit  garam
CARA-CARANYA:

1.  Panaskan oven 160C. Sapukan acuan berukuran 8" x 8" dengan butter dan letakkan sedikit tepung serta     ratakan. Alaskan kerta kek di bahagian bawah tengahnnya
2.  Sediakan sebuah mankuk yang sederhana; masukkan putih telur, telur. 1/4 cawan susu dan vanilla.     Bahan-bahan hendaklah dipukul hingga sebati dan ketepikan.
3.  Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan bahan-bahan kering dan digaul-gaulkan hingga sebat( atau      gunakan mixer dengan kadar perlahan) selama 30 saat.
4.  Masukkan butter sedikit demi sedikit (pastikan butter dalam keadaan sejuk), setiap 10 saat. Teruskan     memutar tepung secara perlahan-lahan sehingga butter tersebut habis dan keadaan tepung agak peroi dengan campuran butter itu. Kemudian masukkan susu, dan teruskan dimesin sehingga adunan menjadi agak lembab. Tambahkan kelajuan mixer selama 3 minit lagi. Masukkan adunan telur yang telah dipukul awal tadi sedikit demi sedikit ( 3 kali) dan di mixer setiap kali adunan telur dimasukkan. Pastikan semua adunan digaul rata.
5.  Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama rata. Kemuadian dibakar dalam 2 acuan yang sama     saiz. Boleh juga dibuat satu adunan; bila telah masak, kek di potong kepada 2 bahagian (sama ketinggian) untuk dijadikan 2 lapisan. Bila telah masak, sejukkan kek di atas relai kek.
Hiasan bunga ros berwarna biru turqoise juga warna kesukaannya My Izzat

VANILLA WHIPPED BEAN FROSTING

BAHAN-BAHAN:
  • 375 grm unsalted butter, suhu bilik
  • 475 grm gula icing
  • 45 ml susu segar
  • 1 vanilla bean, diambil bijinya  
  • 1 tsp vanilla ekstrak
  • sedikit garam
CARA-CARA:

1.  Butter dipukul hingga lembut dan kembang
2.  Tambahkan bahan-bahan lain sedikit demi sedikit, dengan kelajuan perlahan selama 1 minit. Kemudian     tambah kelajuan pada kelajuan sederhana selama 6 minit lagi. Cream akan menjadi ringan, creamy dan     gebu.
3.  Boleh mula mendeko mengikut kreativiti masing-masing

CARA SAYA:

1. Sapukan frosting pada lapisan pertama. Letakkan lapisan kedua di atasnya. Kemudian salutkan    keseluruhan kek dengan frosting mengikut pilihan masing-masing.
2. Saya masukkan ke dalam petisejuk selama 20-30 minit.
3. Sambil menunggu frosting agak sejuk, bolehlah kita buat pilihan warna  untuk mendeko kek berkenaan.    Hiasan bunga lebih mudah dilakukan/dilekat pada kek bila dasar kek sedikit keras.

Inilah hasil deko my blue turqoise rosess yang masih amatur

He3... masih kena polish dan lembutkan tangan semasa membuat kelopaknya. Learned from experience...; kalau nak mendeko kelopak mawar, adunan icing jangan menggunakan susu, sebab icing sedikit agak lembik.. Tambahkan sedikit krimwell supaya kelopak nampak cantik terbentuk. Bagaimana pun, penggunaan krimwell menyebabkan icing akan sedikit masin. Saya tak gunakan sebab anak-anak kurang minat rasanya.

My reference :
RECEPI FROM SWEETPOLITA


Tuesday, 4 June 2013

YANG PAHIT BILA BERMADU : BAGI ISTERI KEDUA

photo by My Iqbal; Langkawi
Dengar saja ayat; suamiku ingin berkahwin lagi merupakan halilintar pada seorang isteri. Hidup bermadu merupakan mimpi ngeri bagi ramai wanita. Berdasarkan kisah teman, paparan ceritera di televisyen, catatan kisah masyarakat; memanglah menjadi satu ketakutan seorang wanita untuk menempuh kehidupan bermadu.

Jangan menunding jari pada insan yang bergelar isteri kedua. Bukan kehendak diri, tapi suratan memang tidak mampu diduga. Sudah berada di tempat, yang berat dipikul ; walau pahit ditelan jua.


Tidak semanis rasanya madu, kerana hidup bermadu tetap ada onak durinya. Antara fenomena pahitnya hidup bermadu:

1. Suami tidak berani berterus terang dengan isteri pertama    tentang kehadiran isteri kedua (isteri sembunyi).
    Kesannya:
  • Justeru, setiap kali mengunjungi isteri sembunyi terpaksa dilakukan secara senyap-senyap takut diketahui oleh isteri pertama. Berbagai helah terpaksa dilakukan bila cuba mencari peluang untuk bersama isteri kedua, tentulah berbohong jalan paling selamat
  • Isteri pertama akan sangat kecewa jika kebenaran diketahui, terasa diri tertipu oleh sang suami tercinta. Maka berlakulah kemelut rasa amarah, hingga tiada lagi kebaikan sang suami hanya kerana suami berkahwin lain. Mula mencari alasan untuk suami agar menghabiskan masa bersama keluarga pertama. Kalau tidak dituruti, alamat ungkit mengungkit dan perang besar kerana bagi si isteri suami adalah pesalah yang patut dihukum. Akibatnya, ramai lelaki jadi pak turut.
  • Isteri sembunyi tiada hak penggiliran, apa tidaknya bila dah berkahwin secara sembunyi. Orang lain berumahtangga, suami ada di sisi. Tidur malam sebagai penguat semangat dalam hubungan suami isteri , tapi bila tak diberi hak sedemikian maka terpaksalah sang isteri redha sekalipun tidak diadili.
  • Suami seringkali terpaksa berbohong; kena pula si suami tidak berani mengakui kehadirannya pada isteri pertama, tentulah payah nak beri alasan kalau soalan bertubi datang pada suami dari isteri pertama, pergi mana? kenapa lambat? pergi dengan siapa?buat apa? dan macam-macam lagi. Sesekali tu bolehlah cari alasan, tapi kalau dah selalu,lama-lama sang suami jadi pak turut pula
  • Kalau sesuatu perkara berlaku kepada si suami; seperti sakit dsb, isteri sembunyia terpaksa mendiamkan diri kerana kalau datang menziarah, nanti jadi perang besar pula, Kasihan pula dengan keadaan sang suami yang sedang kesakitan, alamat bertambah sakitnya nanti.
  • Bagaimana kalau suami meninggal ya? Kalau menziarah, nanti boleh jadi kejutan dan mungkin perang besar, kalau tidak menziarah pula; jawabnya makan hati isteri sembunyi itu
2. Perkahwinan kedua tidak didaftarkan.  Kesannya:
  • Di sisi undang-undang perkahwinan di anggap tidak sah walaupun cukup syarat dari hukum agama . Isteri sembunyi tidak boleh menuntut apa jua hak, kerana tidak tercatat haknya dalam undang-undang berdaftar. Nak ungkit, bawa mahkamah; lupakan saja kerana jawapan pasti tuntutan itu pasti tidak menyebelahi isteri sembunyi.
  • Lebih teruk lagi, kiranya mendapat zuriat, anak tidak boleh didaftarkan untuk mendapat sijil kelahiran.
  • Jangan harap isteri kedua boleh membuat sebarang tuntutan harta sepencarain di mahkamah, kerana dari segi undang-undang perkahwinan tanpa daftar dianggap tidak sah.
  • Andai suami ambil mudah tangunggjawab (NAUZUBILLAH)... kasihan isteri sembunyi kerana menjadi mangsa kerakusan nafsu lelaki
3. Isteri sembunyi rasa tersisih, tidak setaraf dengan isteri    pertama. 
  • Apa tidaknya, hidup bersosial dengan keluarga terdekat terutama sebelah suami harus dilupakan kerana takut rahsia terbongkar. Jangan ambil mudah upload sebarang photo di laman sosial, nanti jadi bukti pula. Kenalah isteri sembunyi berkorban rasa; orang lain tak ada rahsia dengan suami sendiri, tapi tidak isteri sembunyi. Suami pun kena disembunyikan. Bila terserempak dengan kawan-kawan suami yang mengenali isteri pertama, aduhhh... boleh mengelabah dibuatnya. Pandai-pandailah berlakon layar he3..
  • Apa saja keperluan pakaian suami, isteri pertama yang diberi peluang melakukannya. Isteri sembunyi X BERTANGUNGJAWAB?? bukan tidak bertangunggjawab, tapi apalah rasanya bila keperluan disediakan tidak boleh digunakan. Konon nanti banyak soalan yang tidak boleh dijawab dari isteri pertama. Semua keperluan sang suami, isteri pertama kena tahu sumber datangnya. Sampai bila suami nak menipu??... kalau tahu perempuan lain yang bagi, alamat tsunami pula dengan isteri pertama.
  • Sang suami sudah hidup lama dengan isteri pertama, banyak onak duri pahit manis yang dilalui bersama. Tentulah, kekadang terluncur di lidah memuja muji isteri pertama ; lebih menyakitkan bila cuba dibandingkan dengan isteri sembunyi. Waduhhhh.... boleh merana jiwa dibuatnya. Sebaik manapun isteri sembunyi, jangan harap lebih baik berbanding pihak sana. Pandai-pandailah isteri sembunyi menghargai diri sendiri.
Soo... fikir-fikirkanlah. Bukan mudah hidup bermadu bila perkahwinan dirahsiakan. Jangan mengambil risiko berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak.

# p/s
saya sekadar berkongsi rasa; entahlah tercuit juga rasa hati bila mendengar kisah teman dan taulan. Mungkin dalam liku kehidupan di situ ada sesuatu yang boleh diambil sebagai pengajaran.



Sunday, 2 June 2013

MY PURELY CHOCLATE CAKE

Saya memang penggemar choc moist cake, terutama yang diselaputi dengan choc ganache. Sangatlah sukanya, sampai kalau makan tu tak beringat dengan jadual diet. Dek kerana ketagih, saya menjadi dealer kepada jualan kek moist supaya dapat harga yang murah; he3.. bukan untuk menjual tapi untuk makan sendiri. Alahaiii  yaiii... lama-lama tak larat dah nak beli aje, sebab kalau beli nak dapat harga dealer kena beli dalam volume yang tertentu.

Setelah mencuba beberapa resepi kek chocalate, nampaknya resepi di bawah ini sesuai dengan citarasa saya sekeluarga. Alhamdulillah .... dah berjaya membuatnya sendiri di rumah. 


Inilah rupanya hasil percubaan pertama my purely choclate cake. Seadanya hiasan yang ringkas, belum begitu mahir mendeko; mungkin jari jemari masih keras. Never mind, believe in myself; PRACTICE MAKE PERFECT, insya Allah...
My Idham, yang selama ini kalau tentang kek; so..so.. saje selera nya. Tapi kali ini, ermmmm... SEDAPLAH Umiii!! Jadi favoritenyer pula.

Dua hari kemudia, buat lagi. Kek di atas untuk santapan anak-anak buah di off. Alhamdulillah, good respond dari mereka yang merasa.

Jommm kita lihat cara membuatnya.

Penyediaan bahan terbahagi kepada 3 bahagian secara berasingan:
Panaskan ketuhar pada 160C semasa bahan-bahan disediakan.

BAHAN A:
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
# Semua bahan di atas disatukan dan   
   diayak bersama
   Ketepikan

BAHAN B
3 biji telur A saiz
300 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
#Nota : saya tambahkan 2 sudu besar susu pekat untuk kek yang lebih lembut dan moist

BAHAN D
250 ml air panas

CARA-CARANYA:
  1. Satukan semua bahan B. Puku adunanl hingga putih
  2. Masukkan minyak dan susu cair serta 2 sudu besar susu pekat
  3. Pukul hingga sebati
  4. Masukkan bahan A tadi sedikit demi sedikit secara kaup balik adunan dengan spatula
  5. Tambahkan air panas dan gaul rata
  6. Adunan sedia untuk dibakar; 
  7. Sekiranya disediakan dalam acuan kecil-kecil 6" x 3 " @ cupcakes, masa pembakaran yang diperlukan 40 minit
  8. Sekiranya menggunakan acuan 8"x8" masa yang diperlukan ialah 1 jam.
  9. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan
Dengan sukatan adunan di atas, saya boleh dapat 4 mini kek bersaiz loyang 4" x 8". 
Setelah kek masak, saya belah dua dan lapiskan dengan cream chees dan choc ganache. Pastikan choc ganache sedikit kental sebelum dipiping. 
Lapiskan kek menjadi dua lapisan, dan letakkan di dalam peti sejuk anggaran 15 minit, sebelum keseluruhan kek di tuang dengan choc ganache. 
Masukkan dalam petisejuk sebentar, bila choc ganache agak mengeras, bolehlah dihias kek tersebut.
Saya hiaskan kek dengan cream cheese bunga ros dan polkadot untuk sedikit seri.


Ini pula tempahan pertama dari Cik Jah untuk anak-anaknya. Harap Firdaus, Adah, Ayid dan Nana suka.

My cream cheese recipe:

Bahan-bahannya:

250 gm cream cheese
120 gm unsalted butter
1 1/2 cawan gula ising
2 sudu besar krimwell (supaya mudah mendeko)

My choc ganache recipe:

Bahan-bahan:

150 ml whipping cream
500 gm coklat masakan (saya pilih brand An Nur)- hiris kecil2
1 sudu besar butter

Cara-caranya:

1. Panaskan whipping cream secara
    double boiler
2. Masukkan coklat & butter dan
    gaulkan hingga cair dan adunan likat
    & berkilat.

# NOTA
- kalau nak letak di atas kek, sejukkan kek terlebih dahulu dalam peti sejuk. tuangkan coklat ganache yang sudah sejuk dan simpan semula di dalam peti sejuk

- Kalau untuk dijadikan cream hiasan kek, masukkan dalam pipping beg dan sejukkan sebentar di dalm peti sejuk agar adunan sedikit keras


Sumber rujukan:
Blog masam manis Azlita

Saturday, 1 June 2013

KEK MARBLE GEBU + MARVELLOUS



BAHAN-BAHAN:

227 gram mentega

170 gram tepung naik sendiri
150 gram gula kastor (resepi asal 170 gram; saya kurangkan sebab tak mahu manis sangat)
5 biji telur dari peti sejuk
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalette
3 sudu makan serbuk koko - diayak (guna van haouten ; untuk di adun menjadi adunan cokelat)


Cara-caranya:
1. Asingkan putih telur dengan kuning telur

2. Pukul kuning telur dengan mentega, susu pekat, ovallette dan esen vanilla

3.   Dalam bekas yang lain, pukul putih telur dengan gula sehingga ringan

4. Masukkan sedikit demi sedikit bahan no 3 ke dalam adunan no 2, dan pukul hingga kembang

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan di kaup rata (kaedah kaup menggunakan spatula secara perlahan bagi menggelakkan kek berlubang-lubang)

6. Ambil sebahagian adunan di dalam bekas lain;untuk dicampurkan dengan serbuk coklat

7. Di dalam acuan, letakkan adunan secara berselang seli antara adunan vanilla (plain) dan adunan cokalat

8. Apabila dibakar, adunan akan beralun seperti gambar yang disertakan.

I love this cake so much. Memang dari kecik lagi pun, kek ni jadi favorite saya. Kebetulannya mak pun memang suka kek ini. So setiap kali balik jumpa mereka, saya akan usahakan kek ini untuk mereka.

Teksturnya yang gebu dan lembab.Ermmmm..... so sedappp!!
Resepi kali ini saya menggunakan choc emulco. Rasa choc nya agak kurang berbanding resepi saya menggunakan choc van houten.
Ermmmm....  MARVELLOUS!!!


Monday, 20 May 2013

AMALAN MENAIKKAN SERI WAJAH

Saya dapat ayat ini dari seorang tokoh agama agama serta ahli politik terkenal tanahair semasa beliau pernah menjadi tutor/guru mengaji al Quran saya di universiti satu ketika dulu. Hingga kini, beliau masih kelihatan cantik dan anggun. 


Ayat 165: surah Al Baqarah

Yuhibbunahum kahubbi lillah; walla zhi na amanuu ashaddu hubbanlillha.

Dibaca 3x setiap kali membasuh muka atau memakai bedak di muka.

Apapun perlu diingat, setiap amalan menggunkan ayat al Quran hendaklah dilakukan dengan niat yang suci dan ikhlas, serta niat zikkrullah. Jadikan ianya sebati dalam diri. Andainya tercapai hasrat yang diimpikan (muka berseri) dengan izin Allah, jangan sesekali menyalah gunakan nikmat itu sehingga kita lupa diri dan terpesong. 

Kecantikan wanita akan lebih terserlah kiranya disertai dengan tutur kata yang sentiasa berhemah, ibadah yang berterusan serta hati yang jujur dan ikhlas.

Semoga kita sentiasa di dalam petunjuk hidayah serta perlindungan Allah SWT.


Saturday, 18 May 2013

MY LOVELY ROSE CUPCAKES..

Hujung minggu lalu mendapat jemputan kenduri kesyukuran di rumah K Yati, sempena masuk ke rumah baru dan anak sulungnyaberjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM. Terfikir-fikir apalah buah tangan nak bawa untuk k Yati. Semalam Ili baru sahaja menyiapkan tempahan kek harijadi untuk customer; menggunakan kek asas choc. Kebetulannya, My Ili masih di rumah, bolehlah dia membantu saya menyediakan kek asasnya.

Since, my name Rose and i would like those who received the cake remembered me, so saya buat ROSE CUPCAKES special ini sebagai buah tangan ke rumah k Yati.

Ili yang membantu menyediakan dan membakar kek. Jadi saya buat catatan di sini, maklumlah My Ili tiada di rumah, boleh juga jadi rujukan.

Ingredients:

For the cake:
1-1/2 cups (180 g) all purpose flour
1-1/3 cups (275 g) sugar
1/2 cups (60 g) dark choc powder
1-1/4 tsp (6 g) baking soda
1-1/4 tsp (6g) baking powder
1 tsp (5 g) salt
140 ml buttermilk
130 ml espreso @ strong, hot brewed coffee
75 ml vegetable oil
2 eggs, room temperature, lightly beaten
1 tsp pure vanilla extract

Instructions

For the cake:
Preheat oven 160C.
In bowl of electric mixer, sift all dry ingredients (flour, dark choc powder, baking soda, baking powder)
Add all remaining ingredients to bowl with the dry ingredients and with paddle attchment on mixer, mix for 2 minutes on medium speed ( you may need the plastic splash-guard that comes with mixer) and pour in cupcakes container.
Bake for about 20 minutes. Try not to ove bake
Cool on wire racks for 20 minutes, before decorating it.

Bila kek dah siap dimasak, tugas saya pula mendeko cupcakes ni. Ini merupakan hasil olahan pertama dekorasi ros saya. I learned from my mistake, lebihkan  adunan gula icing supaya tidak lembut sangat, dan tambahkan krimwell supaya memudahkan proses mendekorasi.

BAHAN-BAHAN BUTTERCREAM ICING:

300 gm unsalted butter
200 gm gula icing- diayak
1 tsp esen vanilla

CARA-CARA:

Pukul semua bahan hingga kembang dan gebu
Jika adunan agak lembik, tambahkan sedikit mentega dan gula sampai rasa sesuai dengan tahap dikehendaki.
Proses menyiapkan kuntuman bunga rose.


Alhamdulillah, dah siap pun!!!.  
Pada saya, bunganya nampak kurang mantap dan icing saya juga kelihatan kurang menyerlah tekstur dan warnanya. Tak per.. i learned something. Insya Allah boleh diperbaiki lagi untuk akan datang.
Kek comel-comel ini siap disusun dalam kotak untuk dibawa sebagai ole-ole petang nanti.